Pages

Saturday, 18 June 2011

MENGAPA PERLU SOLAT? wahai umat ISLAM tersayang :)

jum la baca.. x rugi pun.. :) sekurangnya ilmu islam makin bertambah.. kan :) (jgn lupa AMALKAN)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ







Sebelum memulakan perbahasan mengenai perkara ini, saya minta bagi yang bertanya mengucap kembali, beristiqfar dan memohon ampun dengan penuh penyesalan atas keraguan hati anda, dan pertikaian diri anda mengenai mengapa Allah suruh solat. Mengikut pengertian ilmu Tauhid, orang yang beriman (percaya) Allah mestilah melahirkan keyakinan dalam hatinya, percakapannya dan perbuatannya tanpa ragu2, syak, zon atau seumpamanya. Bagi orang yang meragui perintah Allah dan kewujudan Allah, maka bererti imannya telah rosak.

Bunyinya seperti satu soalan yang bodoh, tetapi mengapa ramai dikalangan masyarakat kita mengambil mudah akan hal sembahyang. Tidak Allah jadikan sesuatu itu tanpa kebaikannya, seperti puasa yang sebelum adanya kajian sains mengenai faedahnya puasa dari sudut kesihatan, majoriti menganggap itu adalah perintah Allah dan kita harus melakukannya. Dengan adanya laporan kajian faedah puasa, yang taat berpuasa semakin beriman kepadaNya dan yang sebelum ini liat untuk berpuasa mungkin tergerak akan hatinya untuk melakukannya.

Bagaimana pula dengan sembahyang yang juga rukun islam, ramai yang berpuasa tetapi tidak sembahyang, mungkin bagi golongan tersebut, puasa lebih kepada tradisi untuk berhari raya kerana tanpa puasa, hari raya tidak lah bermakna, mereka ini sedar yang puasa tanpa sembahyang sia-sia sahaja tetapi masih tidak terbuka hati untuk sembahyang. Mungkin dengan adanya laporan kajian sains akan faedah sembahyang barangkali akan berubah hati mereka untuk sembahyang?

Setiap yang ada di dunia ini mesti ada yang menjadikan, mustahil tiada yang menjadikan sesuatu. Mengikut logik akal manusia, setiap perkara mesti ada yang menjadikannya. Contohnya kereta yang berjalan di jalan raya, mesti ada yang memproduknya dan setiap produk kereta itu ada capnya dari kilang mana. Mustahil bagi kereta itu bergerak melaikan ada yang menggerakkannya. Kesimpulan :  manusia ini merupakan makhluk kejadian Allah, berhaklah Allah menyuruh kita mengabdikan diri kepadanya dengan cara melaksanakan apa yang diperintahkannya. Firman Allah yang bermaksud :
Setiap yang ada di dunia ini mesti ada yang menjadikan, mustahil tiada yang menjadikan sesuatu. Mengikut logik akal manusia, setiap perkara mesti ada yang menjadikannya. Contohnya kereta yang berjalan di jalan raya, mesti ada yang memproduknya dan setiap produk kereta itu ada capnya dari kilang mana. Mustahil bagi kereta itu bergerak melaikan ada yang menggerakkannya. Kesimpulan saya, manusia ini merupakan makhluk kejadian Allah, berhaklah Allah menyuruh kita mengabdikan diri kepadanya dengan cara melaksanakan apa yang diperintahkannya. Firman Allah yang bermaksud :

Maksudnya : “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” (Az-Zariyat : 56)

Kewajipan solat merupakan hak Allah kepada manusia, kerana manusia ini makhlukNya (kepunyaanNya), jadi tanpa ragu dan berat maka wajib kita melaksanakan perintah solat. Sabda Nabi Muhammad saw : “Telah tertegaknya Islam atas lima perkara, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat lima waktu, mengeluarkan zakat, berpuasa di Bulan Ramadhan dan menunaikan haji di Baitullah.” 

Tidak perlu kajian sains faedah sembahyang bagi yang beriman kerana itu perintah Allah, tetapi sembahyang yang diterima hanyalah yang khusyuk, jadi tidakkah sia-sia sembahyang mereka yang tidak khusyuk? Adakah mereka juga sama dengan golongan yang tidak sembahyang? Sembahyang yang diterima iaitu yang khusyuk atau fokus dapat mencegah manusia dari kemungkaran, tetapi bagaimana kekhusyukan itu mengubah sikap manusia dari kemungkaran? Apakah proses didalam diri manusia itu sendiri dari sudut sains?  kajian mengenai otak oleh Dr. Daniel Amen, pakar brain scan dr USA. Didalam websitenya ada beberapa photo imbasan otak dari pelbagai individu dengan pelbagai masaalah didalam otak yang mencorak minda mereka.


  ( camne? cantik kan? :) )

Perhatikan imbasan otak mereka yang bersyukur dan mereka yang tidak? Mereka yang selalu bersyukur otaknya aktif hampir secara menyeluruh berbanding dengan yang tidak (biru mewakili kawasan yang aktif manakala yang merah adalah kurang aktif). Otak yang aktif keseluruhannya, cara individu itu berfikir sudah semestinya lebih berbeza berbanding otak yang kurang aktif. Kepandaian, nilai moral, daya ingatan, tahap creativiti, prestasi akademik, kepekaan, nilai moral, kecergasan, kestabilan dan kawalan emosi yang baik, kematangan dan sebagainya adalah hasil dari otak yang berfungsi secara keseluruhannya. Jika kita kaitkan dengan sembahyang, bukankah sembahyang itu cara kita mengucapkan kesyukuran kita kepada Allah? Hampir keseluruhan bacaan didalam sembahyang itu lebih kepada puji-pujian kepadaNya. Buktinya juga dapat dilihat dari majoriti individu yang cemerlang didalam peperiksaan adalah mereka yang menjaga sembahyangnya.

Apa bezanya mereka yang khusyuk dengan yang tidak. Selain dari mendekatkan diri kita dengan Allah, khusyuk dan fokus itu membantu kita mencapai apa sahaja impian hidup kita didunia ini. Ramai yang tahu mengenai Law of Attraction yang kita boleh capai apa sahaja hajat didalam hidup kita ini jika kita fokus didalam fikiran kita apa yang kita inginkan, jadi jika kita boleh fokus kepada Allah didalam sembahyang, amat mudah untuk lebih fokus kepada apa yang kita hajati dari segi harta, kasih sayang, kesihatan dan sebagainya.

Dengan taatnya kita kepada Allah, melalui sembahyang dan selalu bersyukur kepadaNya, bukankah untuk mencipta realiti yang kita inginkan amat mudah. Percaya akan keesaanNya, pemurahNya, pengasihNya, apa yang kita hajati sudah ada digenggaman kita, beriman kepadanya. Apa itu beriman? Percaya kepada sesuatu yang tidak bolah dibuktikan jadi jika kita percaya kepada Allah, apa yang kita hajati tidak mustahil. Itu yang dinamakan mencipta realiti kita sendiri, dengan  keredhaanNya.

 ( perhatikan!! then bace kat bawah plak :) )

Ini pula gambar imbasan otak yang dinamakan surface scan. Perhatikan otak mereka yang ganas berbanding mereka yang normal? Perhatikan bahagian depan otak (prefrontal cortex) yang tidak sempurna. Prefrontal cortex ini merupakan CEO bagi manusia itu sendiri, secara rasional menjadi penapis kepada segala tindakan primitif ganas (pemikiran haiwan). Bahagian depan otak yang kosong itu bukan bermakna ianya kosong secara fizikal tetapi tidak aktif kerana tiada darah yang pergi kebahagian tersebut. Prefrontal cortex haiwan tidak sempurna, kecil atau tiada, sebab itu mentaliti mereka fight or flight, lawan atau lari. Manusia yang ganas, kaki panas baran contohnya besar kemungkian frontal cortex mereka tidak berfungsi, sebab itu mereka selalu membuat keputusan yang tidak bijak. Penjenayah berat tiada belas ikhsan terhadap manusia, seperti didalam dunia haiwan, sebab itu harimau boleh makan manusia kerana tiada sifat ihsan. Bagaimana dengan manusia yang sanggup berbunuhan sesama sendiri?

Apa yang menyebabkan "kosong"nya frontal cortex kita? Stress adalah penyebab utama, hampir semua aktiviti dizaman moden meningkatkan stress. Ketika stress, pemikiran primitif mengambil alih, ini mengalih aliran darah ke prefrontal cortex dan kesan dari stress yang berterusan, makin tidak aktif lah prefrontal cortex manusia tersebut. Keduanya kerana kita semakin tidak menggunakan otak kita, contohnya dulu untuk pengiraan kita pantas mencongak, sekarang kalkulator pasti akan dicapai dahulu untuk membuat pengiraan, kemodenan itu tidak salah, tidak sedar kesan kemodenan kepada fikiran itu yang bahaya.

Bagaimana sembahyang yang khusyuk mencegah dari kemungkaran? Bila kita khusyuk, minda kita menjadi lebih tenang, kita berhubung dengan zat-zat Allah yang tenang dan aman, ini menghilangkan ketegangan dan bila kita fokus kepadaNya, prefrontal cortex kita akan diperbaiki dan dengan proses yang berulang2 (sembahyang yang khusuk), otak kita akan menjadi lebih sempurna dan boleh berfikir dengan lebih waras. Bayi didalam kandungan tenang dan aman, selepas lahir jika cukup makan dan tidurnya, aman tenteram tidur dengan nyenyak, itu lumrah alam.

Bagaimana pula dengan sujud? Apakah kesannya? Bukan kah ketika sujud bahagian yang paling rendah adalah prefrontal cortex iaitu ketika dahi mencecah bumi? Dengan kedudukan jantung yang lebih tinggi bukankah itu memaksa darah kebahagian tersebut lantas membaiki, mengaktifkan bahagian tersebut? Hasilnya kita boleh membuat keputusan yang lebih bijak, boleh berfikir mana yang baik dan buruk, boleh mencegah dari kemungkaran.

Otak umpama pasukan orkestra yang mana sebelum konduktor muncul semua pemuzik membuat hal masing-masing, tetapi bila konduktor muncul dan mengetuai mereka, musik yang terhasil amatlah indah. Otak umpama pasukan orkestra dan konduktor adalah prefrontal cortex otak kita. Lebih fokus kita dalam sembahyang/meditasi, lebih sempurna frontal cortex kita seperti didalam brain scan tersebut.

Meditasi dikatakan mampu memulihkan fungsi otak menjadi lebih sempurna, meditasi memerlukan fokus pada sesuatu dalam suatu jangka masa. Transcendental meditation seperti yang di kaji dan digalakkan oleh Universiti Maharishi menghubungkan diri dengan sumber kehidupan dunia ini yang mereka gelar "unified field". Kerana jahilnya mereka, tidak mereka sedari "unified field" tersebut sebenarnya adalah zat-zat Allah yang mana darinya muncul lah semua kehidupan didunia ini. Gambar di bawah ini adalah kesan pada otak hasil dari proses meditasi tersebut.

 ( meditasi??? )

Sembahyang juga adalah satu bentuk meditasi, ramai menyalah anggap yang meditasi itu meniru agama lain, meditasi adalah satu cara memfokuskan pada sesuatu dan tenangkan fikiran, fokus pada sesuatu samada bacaan, musik, pernafasan, imaginasi dan sebagainya. Didalam Islam, sembahyang melakukan beberapa gerakan tetapi fikiran kita perlu khusyuk/fokus kepada Allah dan zat-zatNya, tiada bezanya dengan meditasi, prinsipnya tetap sama.

Jadi ada perbezaannya mereka yang sembahyang dan tidak dan ada bezanya mereka yang khusyuk dan tidak, jadi sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan dan khusyuklah kamu agar kamu mendapat keredhaan Allah dan menjadi manusia yang lebih bijak pemikirannya.

“kenapa pada hari jumaat kena solat jumaat tidak solat zohor seperti hari-hari lain?”

Hari Jumaat, merupakan penghulu bagi hari-hari yang lain. Asal perkataan Jumaat adalah dari perkataan jama’a yang bermaksud himpun. Hari jumaat merupakan hari kebesaran umat Islam dan sebagai hari perhimpunan umat Islam diseluruh dunia tanpa kecuali. Tujuan perhimpunan solat Jumaat ini ialah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Kalau dilihat secara logiknya, hari Jumaat juga kita dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat di masjid setelah selesaikan solat Jumaat. Islam itu kuat dengan jamaah, Solat Jumaat itulah sebagai lambing kekuatan umat Islam sebenarnya. Menurut ilmu Psikologi Sosial, manusia itu terdiri dari tiga unsur iaitu manusia makhluk bertuhan, manusia makhluk bersosial dan manusia makhluk individu. Ketiga-tiga elemen penting ini tidak dapat dipisahkan, kalau dipisahkan maka manusia itu akan mengalami konflik dalaman dan sosial.

Setiap individu muslim diwajibkan mendengar tazkirah atau apa-apa peringatan, maka sebab itulah adanya khutbah Jumaat, setelah mendengar khutbah Jumaat, setiap muslim balik ke rumah dan sampaikan kepada isterinya atau ahli kelurganya. Khutbah Jumaat ini sangat penting kerana di situlah khatib akan sampaikan segala nasihat dan segala masalah yang berlaku dikampung atau kawasan tersebut. Jika tiada khutbah bagaimana kita hendak mengetahui segala info yang timbul di kawasan tersebut.

Kewajipan solat jumaat tidak boleh dipertikaikan kerana ini suruhan Allah, barang siapa yang tidak melaksanakan segala suruhan Allah, maka orang tersebut Allah akan laknatnya dan tempatkannya di suatu lembah (wil) dalam neraka yang amat pedih dan dahsyat. Firman Allah dalam mewajibkan solat jumaat yang bermaksud :

“Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat Yang sebenarnya), Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa Yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam Segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat). Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya Dengan meninggalkan Engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah). Katakanlah (Wahai Muhammad:" pahala - balasan) Yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.” (Al-Jum’ah :9-11)


 Sebagai umat Islam yang baik, sepatutnya jangan sesekali terlintas dalam benak fikiran mengenai kenapa perlu solat, kenapa perlu bertudung, kenapa perlu berpuasa, kenapa perlu percaya kepada Allah dan sebagainya, kerana ini boleh merosakkan akidah dan sekaligus segala amalan yang baik dihapuskan dan hanya tinggal dosa sahaja. Fikirlah sesungguhnya orang yang mati dalam kekufuran atau tidak Islam, maka kekallah dia di dalam neraka Allah selamanya. Ini berbeza dengan orang Islam walaupun tidak melaksanakan segala ibadah kepada Allah, tetapi dia akan dimasukkan ke dalam syurga juga setelah dirinya dibersihkan dalam neraka Allah.



" Islam bukan perkara main-main, akhidah juga bukan perkara yang boleh dipermainkan, tanpa disedari akidah kita telah rosak sebab perkara-perkara sebegini. Contohnya hujan turun, cuma terlintas di hati kenapa hujan turun orang nak keluar tak boleh ini. Ada pendapat mengatakan orang seperti ini rosak akidahnya sebab mempersoal kuasa Allah.

Berhati-hatilah dalam segala tindakan, jadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan hidup. Maka selamat dunia dan akhirat." - kata2 dri USTAZ NOR AMIN  *alahai.sy pun pernah merungut cmni... :(

sahabatku..ini doaku untuk kalian dan diriku juga.. baca then amin ok! ingat..

YA ALLAHmaafkan kami hamba2 ini kerana kurangnya ilmu kami, YA ALLAH.  Sesungguhnya ilmu yang kami timba belum mencukupi seperti setitik air di lautan... berikanlah kami peluang untuk lebih mengenali ISLAM dan juga tuhan kami yang satu , ALLAH S.W.T . Berikanlah kami hidayah,jauhkan kami dari kelalaian di dunia ini YA ALLAH, tempatkanlah kami dikalangan orang2 yang beriman dan juga jauhkan kami dari api neraka YA ALLAH..sesungguhnya kami ini tidak layak ke syurga,tapi YA ALLAH, kami TIDAK sanggup memasuki mahupun berdiri di depan NERAKA , YA ALLAH. Ampunkan kami YA ALLAH.. LINDUNGILAH kami YA ALLAH. Lindungilah kami umat2 ISLAM.. amin..amin ya rabbal alamin. -



p/s : minta maaf klau ade trkasar bahasa atau rsa tidak snang hati, ssguhnya yg negative tu dri sy..yg baik tu dari Allah..sy hnya berkongsi dgn anda semua.. ( den xda keje nak buat "wlaupun asgmnt blambak" kekeke ) 
sumber2 yg sy ambil dan edit cmpur2 cam abc ni dari  :
- diri sendiri 

No comments:

Post a Comment