Pages

Sunday 22 July 2012

10 Peristiwa besar yang berlaku di bulan Ramadhan :)




1)    Peperangan Badar berlangsung pada 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah. Peperangan ini turut dikenali sebagai Yaumul Furqan iaitu hari pemisah antara hak dan batil.

2)    Pembebasan Kota Mekah atau Fathu Mekah yang berlaku pada 10 Ramadhan tahun 8 Hijrah. Sebelumnya, Kota Mekah menjadi kota keagamaan bagi beberapa agama yang bersifat pagan, animisme dan tradisi masyarakat Quraisy. Sejarah pembebasan Kota Mekah menjadi kemuncak kepada kemenangan Islam khususnya kaum Mujahirin yang diusir oleh kaum kafir Quraisy. Pada bulan Ramadhan juga Khalid al-Walid seorang panglima Islam telah menghancurkan patung al-Uzzah di Kota Mekah.

3)    Pada tahun 9 Hijrah, kaum Thaqif telah menyatakan pendirian secara jelas menerima Islam sebagai agama mereka di hadapan Rasulullah SAW dan memusnahkan sendiri berhala yang pernah mereka sembah sejak berzaman, iaitu al-Lata.

4)    Pada tahun 8 Hijrah, berlaku peperangan Tabuk dimana ia merupakan peperangan terakhir yang diikuti langsung oleh Rasulullah SAW. Peperangan berakhir dengan kemenangan di pihak Islam.

5)    Pada 28 Ramadhan 92 Hijrah, tentera Islam dibawah pimpinan Thariq bin Ziyad telah Berjaya meyeberangi Selat Gibraltar atau Jabal Thariq  untuk memasuki Andalusia (Sepanyol). Peristiwa tersebut  menjadikan ia sesuatu yang amat besar dalam sejarah wilayah penguasaan Islam sehinggalah Islam berkembang pesat di Andalusia dan kini walaupun sudah berjaya dirampas kembali oleh tentera Kristian, kesannya masih besar sama ada dalam konteks sejarah mahupun peradaban.

6)    Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah, serangan tentera Mongol di bawah pimpinan Hulagu Khan, iaitu cucu Genghis Khan yang telah Berjaya dipatahkan oleh tentera Islam. Peperangan itu berlaku di Ain Jalut, sebuah kawasan yang berada di utara Palestin.

7)    Pada 10 Ramadhan 1393 Hijrah atau 6 Oktober 1973, kekuatan pertahanan Israel di Barley, Mesir dapat dihancurkan oleh tentera Islam.  Ini menjadi titik tolak perjuangan yang amat besar dalam penembungan dan penyekatan pengaruh Yahudi dalam kancah memecahbelahkan kesatuan Negara-negara Islam di Arab dan Afrika Utara.

8)    Tanggal 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah, peristiwa bersejarah yang paling diingatkan oleh umat Islam ialah turunyan ayat al-Quran yang pertama, iaitu surah al-Iqra`. Surah ini menjadi tonggak utama hakikat kehidupan manusia, iaitu sentiasa mencari ilmu pengetahuan menerusi kebenaran, mengajarkan manusia dari kedudukan yang tidak mengetahui kepada lebih mengetahui.

9)    Meskipun terdapat banyak perbezaan pendapat mengenai tarikh sebenar malam al-Qadr, iaitu malam yang dijanjikan Allah SWT kenikmatan melebihi seribu bulan, seluruh umat Islam percaya ia akan berlaku pada malam-malam selepas 20 hari Ramadhan bermula. Pada malam tersebut, ada ulama berpendapat ia akan menjelma pada malam yang ganjil. Ada sesetengah ulama mengatakan ia akan diselang-selikan setiap tahun antara malam genap dan malam ganjil.

10)  Bulan Ramadhan adalah bulan penuh keberkatan, bulan kebajikan dan yang teristimewa sekali dalam bulan ini adanya solat tarawikh. Solat tarawikh tidak boleh dilakukan pada bulan lain. Sebab itulah bagi umat Islam yang muslim dan beriman, tetap merasakan suatu kerugian yang besar sepanjang Ramadhan tidak dapat mengerjakan solat tarawikh atas pelbagai sebab.

Sumber: Utusan Malaysia, 24 Ogos 2011 (Rabu)

Sunday 15 April 2012

Dialog tentang Aurat



B: Assalamualaikum..
G: waalaikumussalam..

G : Adui..apesal la org suka sgt myibuk pasal hal aku. Aku pakai seksi tak semestinya aku ni jahat. Ape, diorang ingt pakai tudung ni confirm masuk syurga ke? Ciss..!

B : Assalamualaikum,saudari.Nie apesal mengeluh ni? Maaf yer sbb sy komen status awk ni..saje nk myibuk.. Tak salah kan?

G : Waalaikumussalam.. Xde..sy tgh bengang ni. Ramai org duk kutuk2 sy. Diorg sruh sy ttup aurat.tapi diorang tu mcm lah baik sgt. Tutup aurat confirm masuk syurga ke? Hek’eleh..

B: Laa..eloklah tu mereka tegur awk dmi kebaikan awk..Lgipun yg pasti,org yg xtutup aurat tu mesti msuk neraka..sbb mreka langgar perintah Allah.Kan?

G : Alah..org yg pakai tudung labuh tu mcm la xkn buat dosa..cakap je lebih..tapi kuat mgumpat org,kutuk org,sakitkan hati org.. Diorang pun buat dosa jgk..bukannya diorg tu maksum!

B : Bukan mcm tu. Tutup aurat tidak ada kena mgena dgn prgai baik @ buruk seseorg.Ia adalah perintah Allah.Knapa kita hnya taat kpda sbhgian perintah Allah & mninggalkan perintah Allah yg lain?  Bgitu jga dgn printah mnutup aurat bagi lelaki dan wanita..Bila Allah suruh manusia mnutup aurat,ada manusia yg tidak mahu mgikut perintahNya.Mreka myalahkan pkra lain pulak..padahal ia perintah yg wajib..

G : Hai awk ni..mcmlah awk tu bagus sgt smpai nak tgur2 sy..awk tu dah cukup baik ke nak tegur2 org ni? Entah2  awk tu sendiri yg xtutup aurat!

B : knapa pula awk ckp cmtu? Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah larang pun umatnya berdakwah kpda sesiapa shaja..trutamanya mngur org yg sdg mlakukan maksiat..bukankan dakwah itu satu tuntutan?
 Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w  "Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika dia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika dia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju; tidak meredhai). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". [Di riwayatkan oleh Imam Muslim]
Jadi..selagi kita ini seorang Islam,wajiblah ke atas kita untuk mencegah kemungkaran. Bukan saja mndapat pahal, Malah ia boleh menjadi peringatan buat diri sendiri secara tidak lansung..Tidak kira kita baik @ jahat..kita mesti berdakwah..

G : wajib ke berdakwah? Padahal kta ni bukannyaorg yg brilmu pun..Lagipun,awk tu dah pndai sgt ke? Awk tu ustaz ke?

B : Bukanlah..sy bkn seorg ustaz..tapi Al-Quran,hadith,ijmak dan qias ulamak adalah “kompas” sy untuk mnruskan hidup demi mncri kredhaan Allah dgn mnurut perintahNya..

G : Ermmm..tapi walaupun kteorg ni seksi dan tidak mnutup aurat..kteorg baik ape..ade yg pkai tudung tpi lgi jahat dpda kteorg..tau x?

B : betul ke hati yg baik itu mampu menjamin maruah awk sbgai wanita kalau awk tidak mnutup aurat?
Adakah awk pasti sempurna iman awk tanpa melaksanakan salah satu tuntutan mnutup aurat yg wajib ini?

G : Awk ni sgaja sakitkan hati sy ke? Iman ke,ape ke..itu antra kami dgn Allah. Kami nk pkai ketat ke,seksi ke,itu hak kami! Kalau xsuka,jangan tengok!

B : memanglah itu antara awk dgn Allah..tpi awk xde hak utk tunjuk aurat awk kpda llaki bukan mahram,krana kta smua adalah milik Allah.Lagipun,sy nk tnya,awk boleh jamin ke kami yg llaki ni mmpunyai hati yg suci dan iman yg tinggi utk menahan nafsu yg membuak-buak apabila memandang tubuh badan kamu? Wow..sy sndri pun blum tntu dpt mnahan godaan syaitan yg sntiasa mgoda kami..

G : Lelaki yg gatal! Kteorg pkai seksi sikit pun xkn korang xtahan dgn godaan? Terpulang kpda org yg mmandang juga lah kan? Siapa yg sruh pndang? Kteorg xsruh tgok pun!

B : Jganlh marah..sy tegur demi kebaikan awk..xde niat apa2..lagipun,walaupun korang xrasa korang seksi,mendedahkan aurat kpda lelaki ajnabi itu tetap berdosa..

G : Tau pun takut..Alahh..x luak pun dosa & phala kami,sebab kami pun masih solat dan brpuasa. Bukannya xde amal ape2 lansung..”

B : X baik ckp mcm tu..kta xthu adkh amalan2 kta dtrima Allah @ tidak.. Apatah lgi klau kta sering brbuat dosa scra brterusan. Adakah awk boleh jamin awk boleh mmperoleh syurga kelak?

G : Itu..memanglah ..tapi dosa dan pahala,kami sendiri yg tgung..so jgn risaulah yer..kami xsusahkan hidup org lain pun!

B : Awk silap. Pada awk,awk tidak myusahkan sesiapa..tapi hakikatnya, awk sbenarnya myusahkan ibu & bapa awk yg mngung awk srta org lain yg memandang awk yg sdg mndedahkan aurat..

G : Aik? Ape kena mgena sy dgn mreka? Sy xsusahkan mak bapak sy pun! Sy xprnah mntak duit dpda mrka. Baik kan sy ni? Dan ape kena mgena dgn org lain plak? Nonsense!

B : Memang ade kena mgena! Sebab awklah yg tidak ade kesedaran utk berubah..awk sbnrnya akn menarik ubu & bapa awk yg xprnh mngur awk utk msuk kedalam nerka. Juha kerana awk, org lain yg mmndang aurat yg awk sgaja dedahkan kpda mreka smpai mreka tidak mahu mlepaskan pandangan mereka dan memerhatikan tubuh badan awk tu. Itu smua krna awk yg tidak ada kesedaran tntg ini!

G : mak..ayah..kwn2..costumer…org ramai…Gulp.. Hah! Apa pun, ini antara kami dengan Tuhan! Manusia tidak layak menilai! Dan Allah itu Maha Pengampun,kan? Jadi,kami akan bertaubatlah bila smpai SERU..xpayah risau lah..!

B : Byk pkra y gawk ptut risaukan..PERTAMA,adakah awk fikir melakukan maksiat kpda Allah scra btrusan,Allah akn redha dgn prbuatan2 dosa awk? KEDUA, adakah awk tidak takut mati Bukankah mati ini tidak mengenal usia? Lebih teruk lagi, adakah awk yakin awk sempat bertaubat sebelum awk mati kelak? KETIGA, berani kea wk nk mghadapi malaikat Munkar dan Nakir di alam kubur nanti? Awk brani ke nak jwb mcm y gawk mjawab kat sy tdi?

G : Awk jgn nk takutkan sy dan tuduh sy bukan2, ok? Sy xlawan perintah Allah pun! Sy Cuma xtutup aurat! Sy selesa bgini!

B : Nasib baik la kau ni comel..kalau x..aku jentik dah ni.. =.=”

G : Apa dia????

B : hahaha..xda apa2..sja nk tenangkan keadaan..sy xtuduh awk pun,sbb awk mmg terang2 tidak mahu ikut perintah Allah..

G : Ok..ok..sy mgaku, mmg sy salah. OK, sy trima nasihat awk. Tapi,perlu ke berubah secara drastik? Slow2  x boleh ke? Jgnlah paksa..

B : Boleh. Tapia wk rsa cukup ke tutup aurat bahagian atas je? Tapi LENGAN,d….dada,Leher,kaki awk  tu? Kan lebih elok awk pkai pakaian yg bnar2 mnutup aurat dgn smpurna?

G : Pulak dah..sy bkn xnk brubah terus..tapi takut org kata sy ni hipokrit krana x ikhlas utk mnutup aurat. Mcm mna? Sy xnk org kata sy ni munafik!

B : Awk jgnlah fikir bgitu..Awk perlu yakin dan ikhlaskan hati..sebab kalau itulah alasan awk utk tidak mnutup aurat, sbnarnya awklah yg hipokrit krna x ikhlas beragama Islam..

G : ……………………………………

B : tetapi awk jgnlah ambil hati akan apa yg sy katakan. Sy cuma mahu awk fikirkan apa yg sy katakan tadi..percayalah awk mmpu brubah mjadi org yg lbih baik slepas ini..InsyaAllah..

:)


Friday 25 November 2011

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun


1 Muharam 1433 bersamaan 27 November 2011 Awal Muharam/ Maal Hijrah

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1433.
Semoga dimurahkan rezeki dipanjangkan umur dan hidup diberkati oleh Allah S.W.T disepanjang tahun yang mendatang.


DOA AKHIR TAHUN


HENDAKLAH DIBACA BEBERAPA MINIT LAGI SEBELUM MASUK WAKTU MAGHRIB (AKHIR WAKTU ASAR)

Doa akhir tahun dibaca pada akhir waktu asar tanggal 29 atau 30 Zulhijjah sebanyak 3 kali. Dengan izin Allah, sesiapa yang memabaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun kebelakang. Doanya adalah :


Maksud Doa:

Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam  kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.


DOA AWAL TAHUN


DIBACA SELEPAS SLAT MAGHRIB DI HARI AWAL TAHUN HIJRAH

Fadilat doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Barang siapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun. Berikut adalah doa awal tahun:



Maksud Doa:

Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.


16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram  ( HARI ASYURA ) 



10 Muharram adalah  disunatkan berpuasa. ( 6 /12/2011)

Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.



1.    Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram

      Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak    7 kali (Ap abi la sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak budu”  kita berdoa di dalam hati  tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak.  Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum. 

2.    Puasa sunat pada hari 9 Muharram  (Tasua’) dan 10 Muharram (Asaura). Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah. 

3.    Menyapu kepala anak yatim.  Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan.  Allah akan mengangkat darjat kita. 

4.    Memberi makan kepada orang yang berpuasa. Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.

5.    Mandi sunat.  Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit. 

6.    Menziarahi rumah orang alim. 

7.    Menziarahi orang sakit.  Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam 

8.    Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga. 

9.    Bercelak mata – Boleh menghindarkan dari sakit mata 

10.   Menziarahi kaum keluarga 

11.   Mengerat kuku 

12.   Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali.  Allah akan memandang dengan belas kasihan. 

13.   Sembahyang  sunat 4 rakaat – 2 salam  (2 rakaat x 2). (Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala) Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat.  Allah akan mengampunkan dosa  50 tahun yang lalu

14.   Banyakkan bersedekah.  Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700. 

15.   Beri makan/pakaian kepada fakir miskin.  Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga. 

16.   Berzikir  (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 kali



Tuesday 11 October 2011

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.??~~~>


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤


1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?


-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤


2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.


-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤


3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.


-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤


4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.


-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤


5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.


-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤


6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.


-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤


7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.


-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤


8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.


-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤


9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.


-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤


10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)


-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤


11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.


-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤


12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..


-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤


13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.


-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

Friday 7 October 2011

Mengapa gambar perempuan tidak boleh diletakkan di dalam internet


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ







ASAL FOTO INI ADALAH BERTUDUNG SEMPURNA, NAMUN TELAH DIEKSPLOITASI MELALUI TEKNIK SUPER IMPOSE DAN SINAR X-RAY UNTUK MENAMPAKKAN BAHAGIAN DALAMAN. MAKA KEPADA PARA MUSLIMAH DIKASIHI ALLAH SEKALIAN ,TOLONG DELETE FOTO-FOTO ANDA DALAM MANA-MANA LAMAN PERIBADI ANDA SEPERTI fACEBOOK ,BLOG @ fRIENDSTER SEBELUM MENJADI MANGSA DAN FOTO-FOTO ANDA TERSEBAR DI INTERNET OLEH MUSUH2 ISLAM DAN KAKI PORNOGRAFI


Ulasan~


Berdasarkan pandangan saya, mungkin proses eksploitasi ini tidak dapat dilakukan jika mana gambar ini sudah tetap..namun sebagai langkah berjaga-jaga, seelok-eloknya tidak wajarlah bagi seorang muslimah mempamerkan gambarnya kepada bukan mahramnya. Jika difikir-fikirkan, kenapa sibuk mempamerkan wajah pada orang tatapan ramai ?..nak tunjuk cantik?Hmmm..cukuplah pamerkan pada suami kalian nanti..renung-renungkanlah. Wallahua'lam.

Mulai hari ini, apa lagi? Takkan nak tengok saje? Gambar bila-bila je buleh diedit.. Walaupun bukan kita yang buat aksi tersebut, tapi tak segan ke muka sendiri disebarkan sebagai gambar lucah. Hari ini, kita nampak orang lain terkena, boleh jadi, esok kita pula yang kena. Kita doakan kepada Allah supaya melindungi kita.


Hati-hati : Facebook memudahkan Si Bertudung Ditelanjangkan


“body scanning”. Mungkin ia kelihatan agak tak masuk akal untuk dihasilkan. Tapi, sila baca beberapa kaedah di bawah, yang MEMUNGKINKAN proses ini akan berhasil.

1. Semua orang sudah tahu, bahawa pakaian tidak boleh ditembusi. Tetapi di Airport telah meletakkan sistem “mengkantoikan” anggota badan secara penuh. Dahulu, kita tidak pernah terfikir ia akan berlaku. Tetapi sekarang, ia sudah berlaku.

Ok, ada yang mengatakan bahawa, itu adalah anggota badan secara langsung, bukan melalui gambar. Penjelasannya pada nombor 2.

2. Cuba kita lihat di dalam ruangan Facebook. Kebanyakan pelayar Facebook yang memakai pakaian menutup aurat, tetapi adakah tidak boleh diimaginasikan bentuk tubuh mereka?

Contoh, di dalam gambar 1, si A melakukan aksi 1, gambar kedua pula melakukan aksi 2, sehinggalah 5 keping gambar, dan kesemuanya aksi yang berbeza (walaupun aksi bersahaja).

Maka, berdasarkan ukuran baju, lipatan kain, dan sebagainya, memungkinkan tubuh badannya diolah dalam bentuk 3D. Ia adalah hasil imaginasi yang dapat diterjemahkan daripada 5 gambar tersebut. Bukan sahaja 5, 1 pun sudah cukup.

Semua orang tahu, tubuh badan wanita semuanya sama, gemuk bentuknya begini, kurus bentuknya begini, pinggang lebar bentuknya begini, dan sebagainya. Maka, daripada gambar yang tertera, mereka mengolah kepada bentuk 3D, kerana manusia punyai imaginasi.

Senang cerita, kalau anda tengok perempuan bertudung, anda akan dapat mengimaginasi sehingga “menelanjangkan” tubuhnya, walaupun aurat semuanya ditutup. Maka, Islam mengajar kita untuk “menjaga pandangan”, walaupun kepada mereka yang menutup aurat.

Islam bukan menyuruh manusia menutup aurat sahaja, tetapi menyuruh juga supaya pandangan itu dijaga. Maka, ia memerlukan 2 tindakbalas, dari sudut penutupan aurat, dan penjagaan pandangan.

Contoh paling mudah, biasa sahaja di kalangan kita yang berkata .. “aku tengok dia ni.. mesti punggung dia besar.. “ atau “aku tengok dia ni.. nampak macam ### kecil”.. Ini kerana otaknya sudah kenal bentuk-bentuk ini. Minta maaf, ayat agak kasar.

Bukan kerana aurat si perempuan tersebut, tetapi pandangan yang membogelkan. Daripada pandangan yang membogelkan ini, maka dia mampu menghasilkan bentuk tubuh si perempuan tersebut dalam bentuk 3D. (kalau belajar animasi).

Apatah lagi gambar-gambar tersebut mudah didapati dalam ruangan Facebook. Lagi kacang la nak imaginasi. Tengok je, dah terbayang. Sedangkan Islam menyuruh kita menjaga pandangan. Oh, ada saja orang kata, kenapa jumud sangat.. kalau gitu semua benda tak boleh tengok..!

Hehe... masih mencari alasan, dan tak perlu nak diulas dengan alasan ini.

Dalam masa yang sama, orang Yahudi boleh mengambil mana-mana gambar yang depa suka walaupun ia di”lock”kan. Jadi, otak depa semua orang kenal. Maka, berkemungkinan mereka boleh ambil sebanyak mungkin gambar-gambar perempuan bertudung, lalu menterjemahkannya dalam bentuk 3D.

Kita pernah lihat, di dalam game FIFA contohnya, muka Bekcham dihasilkan dengan 3D sebijik dengan muka asal. Apa susah? Sekarang ni pun, sudah berlambak adengan-adengan lucah dalam bentuk 3D.

“Yang tu 3D ustaz... bukan aurat kita pun.., depa yang salah,” Terpulang bagi anda untuk menilai. Apa yang pastinya, walaupun dia tidak mengeksploitasi menjadi gambar 3D, ia tetap dapat digambarkan di dalam otak. Atau dengan kata lain, dengan hanya melihat gambar pada Facebook, sudah membolehkan si pelayar tersebut untuk membayangkan tubuh si perempuan tersebut dalam keadaan bogel dan telanjang!

Ada juga yang berkata "Kalau depa tak tengok gambar kita pun, depa dah boleh imagine dah.. nak buat camna.." Ada juga yang berkata.. "jumud la hang... susah la gitu.. semua gambar pun tak boleh tengok" Saya rasa.. ayat ini tak perlu dijawab. Ia hanya memanjangkan penulisan. Ini nasihatku.. sayangi dan hargailah kecantikan yang Allah bagi..

Itu belum lagi dijelaskan tentang gambar yang disuperimposekan. Kepala bertudung, tapi digabungkan dengan badan bogel.. Ha.? Nak jawab ape? Tengok-tengok, muka tu macam kenal.. Lagi la..

Insya Allah, perkara ini saya akan jelaskan di dalam artikel yang lain. Fikir sendiri. Sekadar inilah nasihat saya, terpulang kalau anda ingin mengkritik. Tetapi pastikan ia dijadikan pengajaran. Semoga nasihat ini berguna. Senyum sikit :)



Tangan Kotor : Membogelkan Gambar Muslimah Dengan Super Impose 

Super Impose yang semakin menjadi kegilaan dunia hari ini, telah menyebabkan berlakunya beberapa kezaliman terhadap wajah wanita yang bertudung. Kesal juga, sejak kebelakangan ini, ternampak beberapa bentuk serangan media dengan menggunakan istilah-istilah lucah yang agak meluat untuk menyebutkannya di sini.

Post kali ini, saya cuba menarik para pembaca untuk memahami situasi yang terjadi. Istilah-istilah kotor yang saya maksudkan di atas, cuba dikembangkan. Antara cara-cara mengembangkan otak kotor terhadap wanita muslimah, ialah dengan menggunakan super impose.

Iaitu, mengambil beberapa keping gambar perempuan bertudung yang dirasakan secocok dengan gambar bogel, kemudian gambar perempuan tersebut dipotong dibahagian yang sesuai. Biasanya garisan tudung tersebut. Kemudian, di”tampal” pada tubuh mana-mana yang tidak berpakaian.

Maka, akan terhasil seorang wanita yang bertudung, tetapi tidak berpakaian. Kerja-kerja ini tidak lain adalah untuk menghina Islam, bahkan menghina wanita muslimah yang sentiasa menjaga aurat mereka. Persoalan di sini, dimanakah saluran mudah untuk mendapatkan gambar-gambar muslimah kita?

Oh ya, Facebook adalah jalan paling mudah dan berkesan. Sejak kebelakangan ini, nampak seperti wanita muslimah Indonesia dan Malaysia yang menjadi mangsa! Hah.. Adakah anda sedar, entah-entah gambar saudara mara kita pula yang kena.

Lebih teruk apabila gambar tersebut dibuat animasi dengan format GIF. Animasi yang boleh ditampal dengan mudah di web-web lucah. Asalnya ia merupakan gambar kaku, tetapi apabila diubahsuai dan diset dalam format GIF, akan terhasil animasi bergerak. Antaranya aksi-aksi ranjang yang agak mengaibkan untuk disebut di sini.

Kenapa perempuan muslimah yang menjadi mangsa? Kerana mereka ingin burukkan pandangan umum terhadap muslimah kita. Walaupun semua orang tahu gambar tersebut menipu, tetapi mereka telah berjaya menghasilkan satu pandangan kotor di dalam otak manusia, untuk menelanjangkan pandangan mereka apabila melihat wanita bertudung.

Atau dengan kata lain, apabila melihat orang yang bertudung, terbayanglah mereka ini seperti telanjang kerana melihat gambar yang telah disuperimposekan tadi. Jadi, nak sebut lebih-lebih, korang faham sendirilah apa yang cuba saya sampaikan. Saya rasa, tak sanggup untuk memaparkan beberapa gambar yang telah disuperimposekan oleh orang-orang yang bangang. Cukup dengan satu yang telah saya paparkan sebelum ini, sebagai pengajaran.

Apa yang perlu buat sekarang? Saya rasa anda sendiri tahu jawapannya. Jangan biarkan gambar-gambar anda (wanita) tersebar dengan mudah di internet. Facebook yang di"lock" pun, begitu mudah untuk dicerobohi oleh sesiapa sahaja. Fikir-fikirlah sendiri.

 

info : disini

Monday 26 September 2011

trend buka tutup jilbab

                                                          TRENDY VS ANGGUN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Buat apa sebenarnya memakai jilbab? Apa yang menjadi dasar ketika mereka memutuskan untuk menggunakannya?

“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (QS 33:59)
Ayat diataskah yang mendasari keputusan itu? Atau hanya sekadar trend mode saat ini? Kerana mulai banyak para perempuan yang menggunakannya saat ini, walaupun cara menggunakannya masih belum benar–benar sesuai syariat. Yah… masih lumayanlah dibandingkan dengan yang sama sekali belum menggunakannya.
Tapi kalau buka tutup bagaimana pula ya?
Ini masalahnya. Jilbab sebenarnya bukan trend pakaian masa kini yang bisa ditiru saat sedang trend, lalu dilepaskan lagi saat trend itu habis. Jilbab adalah kewajipan bagi seorang Muslimah yang sudah baligh. Sama wajipnya dengan keharusannya menegakkan sholat. Tidak bisa digunakan sesuka hati kerana ALLAH sudah menetapkan aturannya dengan jelas.
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(QS 24:31)
Tadi sudah dibahas bahawa sebenarnya jilbab itu adalah kewajipan yang harus ditunaikan oleh keseluruh kaum muslimah. Bukan pilihan kerana merasa sudah siap, atau alasan lainnya. Kerana saat ini ramai yang belum menggunakannya kerana merasa lebih baik membenahi diri dulu baru berjilbab. Masalahnya adalah waktu yang kita tidak tahu sampai bila akan bisa kita jalani. Sementara membenahi diri adalah kewajiban yang harus kita lakukan setiap saat tanpa ada akhirnya? Apakah ada seseorang yang merasa dirinya sudah soleh, sudah baik, dan sudah sempurna?
Lalu bila kita akan menyempurnakan keimanan kita bila terus menerus menggunakan dalih seperti diatas? Kerana sampai bila kita hidup pun kita tidak akan pernah tahu. Sementara selama kita hidup, kewajipan kita adalah terus memperbaiki diri, kerana pada dasarnya manusia tidaklah sempurna. Lalu mereka yang berdalih memperbaiki diri dulu baru berjilbab atau menunggu datangnya hidayah (padahal hidayah itu harus dijemput dengan keimanan kita, bukan ditunggu!) bagaimana? Sempatkah menyempurnakan perintah-NYA?
Jilbab adalah sahsiah (jati diri) wanita Islam, mahkota yang harus dijunjung tinggi. Jika seorang wanita telah memutuskan untuk berjilbab, maka ia harus siap dengan segala rintangannya atau ujian dari ALLAH. Siap menjaga sikap dan perilakunya. Ini kerana, jika seseorang wanita berjilbab melakukan hal-hal yang tidak semestinya, maka yang dituding bukan hanya diri wanita itu, tetapi jilbab dan Islam. Contohnya, jika seorang wanita berjilbab merokok di tempat umum, maka masyarakat akan berkata “Tu kan, dah berjilbab tapi merokok?” Jilbab dan Islam mendapat kesan negatif. 
Terlepas dari segala pembahasan tentang hak asasi seseorang untuk bebas melakukan apapun sepanjang tidak mengganggu kepentingan orang lain, wanita yang telah memutuskan untuk berjilbab hendaknya menjaga adab perilaku. Kerana ia merupakan jati diri, sudah selayaknya kita menjaga jati diri, martabat sebagai seorang muslimah tersebut dengan sebaik–baiknya. Tidak memperlakukannya sesuka hati dan melakukan peraturan sendiri. Ada yang berjilbab awalnya kerana merasa mendapat hidayah, namun dalam perjalanan hidupnya ketika merasa kecewa dengan apa yang dialaminya, lalu jilbab pun dilepaskan. Sayangnya ketika melepasi jilbab yang ada adalah sikap dan perilaku jahiliyah… Astaghfirullah halazhim.
Wahai para Muslimah, kita yang dimuliakan ALLAH, bahagialah dengan kemuliaan itu, sudah selayaknya kita menjaganya dengan segala daya dan upaya. Hanya itu cara kita mengabdikan diri kepada-NYA, mematuhi perintah-NYA dan Rasul-NYA. 
Bekali diri dengan ilmu dan fahaman yang cukup tentang perintah ALLAH yang satu ini. Luruskan niat untuk berjihad melawan hawa nafsu. Sekali memutuskan berhejab, yakinlah bahawa kita sudah melakukan sesuatu yang benar dan mohon pada-NYA agar tetap menjaga hati ini tetap beristiqhamah dalam ketaatan pada-NYA. 
Ketika kita sudah memutuskan untuk berhijab, sama ertinya kita membeli ‘one way ticket’ don’t look back and cause there’s no way back. Jangan pernah berjalan mundur dan kembali kepada kejahiliahan diri kita. Tidak ada alasan apapun untuk menanggalkannya, kerana ALLAH adalah segalanya. Tidak juga kerana masalah rezeki yang sering membuat orang menanggalkan jilbab demi professionalisme dan tuntutan pekerjaan. Yakinlah ALLAH sang penjamin rezeki, apabila DIA yang memerintahkan kita menutup aurat, DIA juga yang akan menjamin rezeki untuk kita. 
Jangan pernah meragukan-NYA. Sedikit atau banyaknya rezeki adalah urusan-NYA. Namun yakinlah apabila kita patuhi-NYA, ALLAH tidak pernah menyia–nyiakan kepatuhan hamba-hamba-NYA. ALLAH Maha Mengetahui niat yang terkandung dalam hati para hamba–hamba-NYA.


Jangan pernah mempermainkan aturan–aturan-NYA. Kita hanya diperintahkan patuh dan taat, bukan mengganti ketentuan-NYA sesuai dengan yang kita mahukan. “Syurga di kelilingi oleh sesuatu yang luar biasa sulit, sementara sebaliknya, neraka justeru di kelilingi segala kemudahan.” Mahu kemana kita nanti, kembali kepada kita masing–masing dalam mentaati perintah-NYA.

Wednesday 21 September 2011

ciri-ciri sahabat


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Apakah kita merupakan seorang sahabat sejati???

sy blum memiliki seorang sahabat....


          PERSAHABATAN DALAM ISLAM

Sahabat merupakan insan yang senantiasa mendampingi diri kita di mana sahaja kita berada. Sahabat yang sejati ialah sahabat yang sanggup bersama dengan kita sewaktu kita berada dalam kesenangan, apatah lagi semasa kita ditimpa kesusahan. Persahabatan yang terjalin perlu mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan dalam Islam supaya persahabatan tersebut diredai oleh ALLAH di dunia lebih-lebih lagi di Akhirat kelak. Persahabatan itu HALAL selagi tidak diselangi dengan perkara-perkara maksiat kepada ALLAH. Wallahu’alam bissowab.

Firman Allah:
Wahai manusia, sesungguhnya Kami (ALLAH) telah menciptakan kamu dari kalangan lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi ALLAH ialah orang yang lebih takwanya di kalangan kamu (bukan lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya ALLAH Amat Mengetahui, lagi Amat Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).
- Surah al-Hujuraat ayat 13. 


CIRI-CIRI SAHABAT SEJATI

Jika kita menjadikan dirinya sebagai seorang sahabat yang sejati, dia akan membalas persahabatan tersebut dengan baik.

Jika kita berbakti kepadanya, dia akan melindungi diri kita.

Jika kita memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan sedia menghulurkan pelbagai jenis bantuan yang terdaya olehnya.

Jika kita menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan sudi menerimanya dengan tangan yang terbuka luas.

Ketika dia menerima sesuatu kebaikan dan kebajikan daripada kita, dia akan menghargai pemberian tersebut dan sentiasa menyebut-nyebut kebaikan kita.

Jika dia terlihat sesuatu yang tidak baik pada diri kita, dia akan segera menutupnya.

Jika kita mendiamkan diri kerana menghadapi sesuatu masalah, dia akan segera mendampingi kita untuk berkongsi masalah tersebut.

Jika sesuatu bencana atau musibah datang menimpa diri kita, dia akan membantu meringankan beban yang kita pikul

Jika kita berkata sesuatu kepadanya, dia akan membenarkan kata-kata yang kita lafazkan.

Jika kita merancang sesuatu, dia akan sedia membantu kita merealisasikan rancangan tersebut.
(rncgn yg baik la)


Jika kita berselisih faham dengannya, dia lebih cenderung untuk mengalah demi menjaga kepentingan persahabatan.