Pages

Thursday, 7 July 2011

Pegang Babi Tak Berdosa Pegang Anak Dara Orang Berdosa







ASSALAMUALAIKUM
sebelum anda baca..perlulah anda tahu..tidak semestinya ayat ini ditujukan kepada orang bercouple shaja..malah untuk stiap umat ISLAM tidak boleh memegang orang yg bukan mahramnya..
janganlah kau(llaki @ wanita ) bersentuhan mahupun bersalaman dengan ( wanita @ llaki ) ..

ingatlah..membuat dosa itu mnusia senang mgikuti..tpi mmbuat pahala itu..mgapa kau sering mjauhi..
ana tiada hak untuk melarang..tpi ana ada hak untuk megur secara halus..

hidup kita kan perlu Amar Makruf Nahi Mungkar..

ana sedih kalau tgok umat Islam buat cmtu..ubahlah sblum trlambat..
buang pemikiran "Aku masih muda", "hidup cuma sekali" ,"Ala..Tua nnti aku taubat la"..,
" apesal kau sibuk.kubur masing2 " , " menyibuk" atau ape je pktaan yg anda trlintas
tpi sedarkah anda..
Muda xsemestinya lambat lagi mati , Hidup mmg skali dan tiada lagi pluang kedua,
Tua nnti baru taubat..adakah anda fikir Allah akan mnerimanya? blum tntu.. ,
Kubur masing2,ye..kubur kite masing2..
dosa phala sndri tgung..tpi tahukah anda..bila mahu mati mnusia lain yg akn tlg mgali kubur utk anda,menanam anda,memandikan anda,solat jenazahkan anda,berdoa untuk anda..
Menyibuk? ana xnak tanggung sama dosa yg ana x buat

janganlah engkau bersifat riak takbur di dunia ini..sesungguhnya dunia hanya pentas sandiwara,tmpat kita mmbuat amal,tmpt kta utk mnunjukkan brapa dalam sayang kita pada Allah..dengan beramal :) 

ok.bru start yg bwh lak,

Hari ini remaja bercouple, kalau tak bersentuhan tangan antara lelaki dan wanita, tak reti ber'couple' namanya. Hatta remaja tak bercouple pun sudah pandai berpegang tangan atas stand 'Teman Tapi mesra'. Agak sesuatu yang luar biasa jika tiada proses persentuhan antara dua jantina. Lainlah kalau mereka baru pertama kali terjebak. Mungkin malu-malu itu masih ada. Tapi, tak di nafikan.... Ada juga yang Advanced!


Kalaulah mereka tahu bahawa menghampiri binatang bernama khinzir itu membawa padah atas sebab H1N1 yang wujud pada hari ini, apakah salahnya menganggap juga memegang wanita ajnabi yang tidak layak untuk disentuh oleh kita itu lebih teruk daripada wabak selesema itu.

Ini sebenarnya bertepatan dengan sebuah hadith Nabi SAW :
""Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".


Bersentuhan (dengan sengaja apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat, tetapi menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.


Tidak percaya dan terasa tersinggung? Allah berfirman
:Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna". (Surah Zumar: 9)


Di bawah ada satu dialog yang dapat di'rakam'kan daripada perbualan dua ekor binatang yang kita memang kenal dengan mereka. Walaupun ianya tidak logik (Manalah manusia boleh faham bahasa binatang?) , Tapi mungkin itulah yang dikata sebagai Makhluk kepada Pencipta...


LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yang tak kena je?


ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.


LEMBU : Eh? Kenapa?


ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".


LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia.Biasalah tu.


ANJING: Kalau aku najis sekalipun, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?


LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.


ANJING: Wah... ayat ko memang power la. Manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"



*trima kasih kerana mmbaca.

No comments:

Post a Comment