Pages

Tuesday, 19 July 2011

Aurat analisis hukum :)



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Secara mudahnya aurat dapat diertikan sebagai bahagian tubuh badan, sama ada lelaki ataupun wanita yang diwajibkan oleh syarak menutupnya daripada pandangan mata. Para ulama membahagikan batas-batas aurat tersebut, khususnya ketika di luar sembahyang kepada 4 kategori iaitu :
1) Aurat lelaki bersama lelaki
2) Aurat wanita ketika bersama wanita
3) Aurat lelaki ketika bersama wanita
4) Aurat wanita ketika bersama lelaki

AURAT LELAKI KETIKA BERSAMA LELAKI
Aurat lelaki yang wajib ditutupnya daripada pandangan seorang lelaki lain ialah bahagian tubuh badan antara pusat dan lututnya. Ini bererti bahawa seorang lelaki tidak diharuskan melihat aurat lelaki lain pada bahagian yang terletak antara pusat dan lututnya.
Hukum ini dipersetujui oleh jumhur ulamak berdasarkan kepada beberapa buah Hadis Sahih, antaranya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub r.a bermaksud:
“Bahagian anggota yang terletak di atas dua lutut adalah termasuk aurat dan bahagian anggota yang terletak di bawah pusat adalah aurat juga.”
Amru bin Shuib pula meriwayatkan daripada bapanya daripada datuknya bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersamda maksudnya:
“Apabila salah seorang di antara kamu mengahwinkan hamba wanitanya dengan hamba lelakinya ataupun orang upahannya maka dia (iaitu hamba wanitanya) dilarang sama sekali melihat auratnya kerana apa sahaja (bahagian anggota) yang terletak di bawah pusatnya hingga kepada dua lututnya adalah auratnya.”
Selanjutnya Rasulullah s.a.w juga melarang melihat aurat itu sebagaimana sabda baginda bermaksud:
“Seorang lelaki dilarang melihat aurat lelaki lain dan juga seorang wanita dilarang melihat aurat seorang wanita lain.”
Hanya Imam Malik yang bercanggah pendapat dengan mengatakan bahawa paha bukanlah aurat. Bagaimanapun,
terdapat beberapa dalil yang mengukuhkan pendapat
jumhur ulamak di antaranya:
Sebuah Hadis riwayat Jurhud al-Aslami, beliau berkata bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w telah duduk bersama-sama kami, pada saat itu paha saya terdedah, lalu baginda bertanya saya: Apakah tidak kamu tahu bahawa paha itu aurat?”
Diriwayatkan juga bahawa baginda s.a.w telah bersabda kepada Ali r.a :
“Janganlah kamu dedahkan paha kamu dan jangan pula kamu melihat paha orang lain sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah mati.”
Malah Rasulullah s.a.w juga melarang kita mendedahkan aurat biarpun ketika bersendirian sebagaimana sabda baginda bermaksud :
“Jauhilah daripada perbuatan berbogel, sesungguhnya ada bersama-sama kamu orang yang tidak berpisah denganmu, kecuali ketika membuang air (besar dan kecil) dan ketika seseorang lelaki itu bersetubuh dengan isterinya.”

AURAT WANITA KETIKA BERSAMA WANITA
Jika seseorang wanita Islam bersama-sama wanita Islam yang lain, maka aurat yang mesti ditutup ialah bahagian anggota yang terletak di antara pusat dan lutut. Ini bermakna bahawa seorang wanita Islam harus melihat anggota lain selain daripada anggota yang terletak di antara pusat dan lutut wanita Islam yang lain.
Manakala kedudukan aurat seorang wanita Islam dengan wanita bukan Islam pula para ulamak berselisih pendapat mengenainya. Perselisihan berlaku berpunca daripada penafsiran gantinama (dhamir) “mereka” dalam ayat 31 surah al-Nur yang bermaksud:
“Perintahlah (wahai Muhammad) akan wanita Mukminin supaya mereka mengawasi “mereka” dan supaya mereka menjaga alat-alat kelamin mereka dan aurat mereka. Dan tidak boleh mereka memperlihatkan aurat mereka kecuali aurat yang zahir (muka dan dua tapak tangan). Dan wajib mereka memakai tudung kepala serta menutupi bahagian dada mereka….”
Para ulamak yang menafsirkan gantinama “mereka” itu dengan erti wanita-wanita Islam sahaja, berpendapat adalah tidak harus wanita-wanita Islam mendedahkan sebarang sebarang aurat mereka biarpun yang lain selain daripada anggita yang terletak di antara pusat dan lutut apabila berhadapan dengan wanita bukan Islam. Kedudukan wanita bukan Islam di dalam masalah ini samalah dengan kedudukan lelaki ajnabi.
Inilah pendapat yang menjadi pegangan sekumpulan fuqahak mazhab Shafie, Umar, Ibnu Abbas, Mujahid, Ibnu Juraij dan lain-lain yang sebahagian besarnya daripada golongan ulamak salaf.
Diriwayatkan bahawa Umar r.a pernah menulis surat kepada Abu Ubaidah bin al-Jarrah katanya:
“Sesunguhnya telah sampai ke pengetahuan bahawa wanita-wanita ahli Dhimmah telah masuk ke dalam bilik-bilik mandi bersama-sama wanita Islam maka hendaklah kamu melarang perkara yang sedemikian dan menyekatnya daripada terus berlaku kerana tidak diharuskan begi seorang wanita Dhimmiyah melihat aurat wanita Islam.”
Ibnu Abbas r.s pula menyatakn bahawa
 “adalah tidak harus seorang wanita Islam dilihat oleh wanita Yahudi atau Nasrani.”
Bagi mereka yang mengatakan bahawa maksud gantinama “mereka” itu sebagai wanita secara umumnya, iaitu Islam dan bukan Islam, berpendapat adalah harus bagi wanita Islam mendedahkan aurat mereka di hadapan wanita bukan Islam, sama seperti kedudukannya ketika berhadapan dengan wanita Islam yang lain. Dengan erti kata bahawa wanita Islam diharuskan mendedahkan auratnya di hadapan wanita bukan Islam selain daripada anggota yang terletak di antara pusat dan lutut. Ini adalah pendapat ulamak mazhab Hanbali dan juga salah satu pendapat fuqahak mazhab Hanafi dan Shafie. Pendapat ini disahkan pula oleh al-Ghazali dan al-Fakhrul Razi, dua ulamak tokoh dari mazhab Maliki. Al-Fakhrul Razi berkata:
“Pendapat ini adalah lebih lembut dan sesuai dengan manusia pada hari ini yang hampir-hampir tidak mungkin lagi bagi para wanita Islam melindungi diri mereka daripada pandangan wanita-wanita dhimmiyah.”
Mereka mengatakan bahawa maksud “mereka” itu adalah wanita khusus yang dikenali melalui persahabatan, pekerjaan dan perkenalan sama ada wanita Islam atau bukan Islam, menegaskan bahawa harus bagi para wanita Islam mendedahkan auratnya kecuali bahagian anggota yang terletak antara pusat dan lutut, tanpa sebarang hijab(penutup) di hadapan wanita-wanita yang terhormat dan mulia(tinggi peribadinya) biarpun mereka itu bukan Islam. Jelasnya, neraca keharusan tersebut adalah berdasarkan kepada asas akhlak, bukan asas agama.
Lantaran itu, apabila wanita Islam berhadapan dengan wanita fasik yang tidak mempunyai sifat malu, tidak berakhlak dan beradab sopan, maka wajiblah ke atas mereka menutup auratnya kerana mendampingi mereka tidak kurang bahayanya daripada mendampingi lelaki ajnabi yang mungkin merosakkan akhlaknya. Ini adalah pendapat al-Maududi, seorang ulamak mutakhir yang amat popular di kalangan umat Islam masa kini. Suatu pendapat yang sederhana yang dapat menyelaraskan dua pendapat sebelumnya, dan ia amat sesuai sekali dengan suasana dan keadaan sekarang ini. Kita berasa agak sukar untuk menerima pendapat pertama kerana kedudukan pergaulan sekarang ini di antara orang Islam dan bukan Islam memang tidak dapat dielakkan. Setiap hari kita bertemu dan berurusan dengan mereka di merata-rata tempat dan pada bila-bila masa sahaja. Malah kita tidak dapat pula mengamalkan pendapat kedua kerana tanpa membezakan di antara wanita bukan Islam yang berakhlak dan tidak berakhlak bererti kita mendedahkan para wanita Islam kita pada suatu keruntuhan moral yang mungkin lebih buruk daripada apa yang kita sangkakan.


AURAT LELAKI KETIKA BERSAMA WANITA
Aurat seorang lelaki ketika berhadapan dengan seorang wanita adalah berbeza berdasarkan kedudukannya dengan wanita tersebut. Sekiranya mereka termasuk dalam golongan orang yang seperti bapa, adik beradik kandung, bapa saudaranya dan lain-lainnya maka aurat yang mesti ditutupi ialah bahagian anggota yang terletak antara pusat dan lututnya. Begitu juga menurut pendapat yang terkuat jika ia seorang ajnabi.
Ada pula pendapat yang mewajibkan supaya ditutup seluruh badannya apabila berhadapan dengan seorang ajnabi, iaitu tidak harus bagi seorang wanita melihat kepada seorang lelaki yang buakn mahramnya sam seperti tidak diharuskan seseorang lelaki itu melihatnya. Tetapi jika lelaki itu suaminya, maka tidak timbul masalah aurat di antara keduanya, malah tidak ada apa yang dinamakan aurat di antara mereka. Firman Allah S.W.T , al-Mukminun: 05 bermaksud:
“Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali isteri-isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.”

AURAT WANITA KETIKA BERSAMA LELAKI
Perbincangan kategori ini amat penting, malah kedudukannya lebih utama jika dibandingkan dengan tiga kategori sebelum ini kerana pertaliannya dengan masalah semasa. Di tambah pula dengan kejahilan sebahagian anggota masyarakat tentang hukum Islam di samping pengaruh budaya Barat yang mereka cipta pelbagai bentuk pakaian bagi wanita-wanita Islam di negara ini khususnya.
Para ulamak telah membahagikan jenis lelaki yang berada di hadapan seseorang waniat itu kepada lelaki yang menjadi ahramnya dan lelaki ajnabi (iaitu bukan mahramnya).
Jika seseorang wanita itu berhadapan dengan lelaki mahramnya, maka hokum auratnya yang wajib ditutup ialah anggota yang terletak di antara pusat dan lututnya sahaja. Ini bermakna adalah harus baginya mendedahkan bahagian anggotanya yang lain di hadapan orang-orang yang dihukum sebagai mahramnya.
Sungguhpun demikian pendapat ini bukanlah suatu pendapat yang dipersetujui oleh kesemua ulamak Islam. Ulamak mazhab Maliki mengatakan aurat seseorang wanita di hadapan lelaki mahramnya ialah seluruh badannya kecuali muka dan a’traf iaitu kepala, tengkuk, kedua tangan dan kakinya. Pendapat ini disokong oleh ulamak mazhab Hanbali dengan mengatakan bahawa auratnya bersama-sama lelaki mahramnya ialah seluruh badannya kecuali muka, tengkuk, kepala, dua tangan, kaki dan betisnya.
Jika lelaki yang berada di hadapan seseorang wanita itu merupakan lelaki ajnabi, maka terdapat perselisihan pendapat di kalangan ulamak tentang menentukan kadar auratnya, apakah auratnya yang wajib ditutup di seluruh tubuhnya hinggakan termasuk muka dan dua tangannya, ataupun ada bahagian-bahagian anggota yang dikecualikan daripada hukuman wajib
ditutup kerana tidak sengaja ataupun kerana keperluan yang tidak dapat dielakkan.
Perselisihan pendapat ini berdasarkankepada pelbagai tafsiran tentang ungkapan firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dan tidak boleh mereka memperlihatkan aurat kecuali aurat yang zahir daripadanya.” (al-Nur : 31)
Ada tafsiran yang mengatakan bahawa maksud “kecuali aurat yang zahir daripadanya” itu ialah apa sahaja anggota yang terdedah tanpa disengajakan seperti terdedah kerana ditiup angin ataupun sebagainya. Ada pula tafsiran yang mengatakan bahawa ayat itu bermaksud dikecualikan apa-apa bahagian anggota yang didedahkan kerana keperluan dan tuntutan hidup yang memaksa. Ada juga tafsiran lain yang mengatakan bahawa anggota yang dikecualikan daripada larangan mendedahkannya itu ialah muka dan dua tapak tangan sahaja termasuk belakang kedua-duanya. Jika berdasarkan tafsiran pertama, maka seluruh jasad seseorang wanita itu adalah aurat yang mesti ditutup, bermula dari hujung rambutnya sehinggalah ke hujung kakinya kecuali bahagian tertentu yang terdedah tanpa disengajakan seperti ditiup angin ataupun tersangkut duri, tetapi dikehendaki segera menutupnya tanpa sengaja melambat-lambatkannya. Inilah pendapat fuqahak mazhab Hanbali dan salah satu pendapat yang terkenal di kalangan fuqahak mazhab Shafie dan juga salah satu pendapat yang masyhur di kalangan fuqahak mazhab Maliki. Imam Ahmad ibn Hanbal pernah menegaskan:
“Tiap suatu daripada tubuh badan seseorang wanita adalah aurat hinggakan termasuk juga kukunya.”
Dalil-dalil yang menjadi hujah bagi pendapat ini ialah firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dan tidak boleh mereka memperlihatkan aurat mereka kecuali aurat yang zahir daripadanya.” (al-Nur : 31)
Mereka mengatakan bahawa ayat ini jelas menunjukkan seseorang wanita dilarang secara mutlak mendedahkan apa sahaja anggota badannya di hadapn lelaki ajnabi, dan mereka mengatakan bahawa maksud pengecualian yang terdapat di dalam firman Allah tersebut ialah apa yang terdedah tanpa disengajakan seperti akibat ditiup angin kencang yang mendedahkan tengkuknya ataupun mana-mana bahagian badannya. Firman Allah yang bermaksud:
“Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri nabi), maka mintalah dari belakang tabir. Ara yang demikian itu lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka.” (al-Ahzab : 53)
Ayat ini menjelaskan bahawa kaum lelaki Islam dilarang melihat isteri-isteri Nabi. Walaupun ayat ini diturunkan khusus bagi isteri-isteri nabi s.a.w tetapi menurut pendapat mereka hukumnya adalah meliputi para wanita Islam lainya menerusi qias, kerana pada mereka seluruh jasad seseorang wanita itu adalah aurat. Ayat ini secara tidak langsungnya mengukuhkan maksud ayat yang pertama yang melarang wanita-wanita mendedahkan aurat mereka kepada pandangan orang-orang lelaki. Mereka juga berhujah dengan beberapa buah hadis yang menunjukkan bahawa orang lelaki dilarang daripada melihat dengan sengaja terhadap wanita-wanita antaranya:
“Saya telah bertanya Rasululah s.a.w tentang pandangan yang tidak disengajakan, baginda menjawab: palingkanlah mata kamu ke arah lain.” (Riwayat Jarir bin Abdullah)
Rasululah s.a.w bersabda:
“Ya Ali, janganlah kamu susuli pandangan dengan pandagan yang lain, sesungguhnya pandangan yang pertama itu adalah milik kamu, tetapi pandangan yang kedua bukan lagi milik kamu.” (Riwayat Ali r.a)
Dari Ibnu Abbas r.a diriwayatkan bahawa al_Fadl bin al-Abbas telah menunggang unta di belakang Rasululah s.a.w pada hari al-Nahr, beliau adalah seorang yang berambut cantik, berkulit putih dan kacak, lalu datang kepada baginda seorang wanita daripada Khath’am meminta fatwanya, lalu al-Fadl melihat kepadanya dan dia juga melihat kepada al-Fadl, maka dengan itu
Rasulullah s.a.w memalingkan muka al-Fadl ke arah yang lain.
Kesemua hadis tersebut menunjukkan dengan jelas bahawa hukumnya haram perbuatan sengaja melihat wanita ajnabiah. Ini tidak lain kerana muka dan tubuh badannya adalah aurat yang dilarang melihatnya. Jika berdasarkan kepada tafsiran kedua, maka muka dan kedua tapak tangan iaitu termasuk belakang kedua-duanya, sekurang-kurangnya dua anggota bagi seseorang wanita yang harus didedahkan apabila berhadapan dengan lelaki ajnabi. Inilah pendapat fuqahak mazhab Hanafi, Maliki dan salah satu pendapat daripada Shafie.
Malah di dalam satu riwayat yang lain daripada Abu Hanifah, beliau mengatakan dua anggota kaki dan tempat memakai gelang kaki adalah termasuk ke dalam anggota yang diharuskan pendedahannya termasuk muka dan dua tapak tangan. Ini juga merupakan pendapat al-Thauri dan Abu al-Abbas kerana penutupannya akan menimbulkan kesulitan kepada wanita kampung yang miskin yang terpaksa berjalan ke sana –sini, di jalan-jalan raya, kerana memenuhi keperluan hidup seharian, malah lebih
jauh daripada itu, Abu Yusuf iaitu salah seorang sahabat Abu Hanifah berpendapat bahawa dua anggota lengan juga iaitu selain muka dan dua tapak tangan termasuk ke dalam anggota yang diharuskan pendedahannya bagi seseorang wanita kerana penutupnya akan menimbulkan banyak kesulitan.
Menurut satu pendapat yang dhaif dalam mazhab maliki, dibezakan di antara wanita yang cantik dengan wanita yang hodoh. Wanita yang cantik diwajibkan menutup muka dan dua tangannya tetapi hukuman ini tidak diwajibkan ke atas wanita hodoh. Dengan lain perkataan, muka dan dua tangan wanita yang cantik dianggap sebagai aurat yang wajib ditutup. Manakala bagi wanita yang hodoh, kedua-duanya tidak dikira sebagai aurat.
Bagi mereka yang berpegang dengan pendapat ini telah berhujah dengan dalil antaranya firman Allah yang bermaksud:
“Dan tidak boleh mereka memperlihatkan aurat mereka kecuali aurat yang zahir daripadanya.” (al-Nur :31)
Mereka mengatakan ayat tersebut telah mengecualikan bahagian-bahagian abggota yang perlu kepada pendedahan kerana memenuhi keperluan bagi diri seseorang iaitu anggota muka dan juga dua tapak tangan. Tafsiran ini adalah sama dengan pendapat sebahagian para sahabat dan tabiin seperti Said bin Jubair, Ata’ dan al-Dahhak.
Mereka juga berhujah dengan sebuah Hadis riwayatAishah r.a bahawa Asma’ Abu Bakar telah masuk menemui rasulullah s.a.w dengan memakai pakaian yang nipis, lalu Rasulullah s.a.w menegurnya, baginda bersabda:
“Ya Asma’, seseorang wanita apabila meningkat ke umur haid tidak layak dilihat daripadanya kecuali ini.”Lantas diisyaratkan kepada muka dan dua tapak tangannya.
Hadis jelas menunjukkan bahawa muka dan dua tapak tangan (termasuk belakang kedua-duanya) adalah harus didedahkan, sementara bahagian anggota lain merupakan aurat yang wajib ditutup oleh seseorang wanita yang sudah baligh.
Mereka mengatakan lagi bahawa muka dan tapak tangan bukanlah aurat yang wajib ditutup oleh seseorang wanita kerana kedua-duanya merupakan anggota yang harus didedahkan di dalam sembahyang, begitu juga semasa berihram, kalaulah kedua-duanya merupakan aurat tentulah tidak dibolehkan pendedahannya kerana menutup aurat di dalam sembahyang adah wajib. Tidak sah sembahyang seseorang itu apabila auratnya terdedah.
Pendapat kedua ini merupakan pegangan kepada golongan terbanyak ulamak Islam kerana itu ia dianggap sebagai jumhur.
Apa yang menjadi hujah kepada kumpulan pertama, di antaranya sebagaimana maksud firman Allah:
“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta daripada isteri-isteri Nabi, maka mintalah dari sebalik tabir.” (al-Ahzab : 53)
Ayat tersebut dianggap oleh jumhur ulamak sebagai mengandungi hukum khas bagi isteri-isteri Nabi sahaja kerana kedudukan dan kehormatan mereka yang tinggi dan tidak dimiliki oleh wanita-wanita lain. Oleh itu, tidaklah harus diletakkan mereka di bawah hukum-hukum yang khusus bagi isteri-isteri Nabi menerusi kaedah qias.
Mengenai sabda baginda kepada Jarir bin Abdullah:
“Palingkanlah mata kamu ke arah lain.” Dan sabda baginda kepada Ali bin Abu Talib:
“Ya Ali, janganlah kamu susuli pandangan(mata kamu itu) dengan pandangan yang lain…”
 Mereka menyatakan bahawa maksud hadis-hadis itu melarang seseorang nelihat dengan sengaja kepada tubuh badan seseorang wanita tanpa sebarang keperluan kerana perbuatan sengaja melihat itu boleh menimbulkan akibat buruk dan sangkaan yang tidak baik, sedangkan kita disuruh agar menjauhkan diri daripada segala sangkaan buruk.
Tentang hadis yang meriwayatkan bahawa Rasululah s.a.w telah memalingkan muka al-Fadl bin al Abbas itu pula, mereka mengatakan tindakan itu adalah disebabkan baginda berasa takut akan timbulnya fitnah dari apa yang berlaku di hadapannya. Hadis ini menurut jumhur hanya menunjukkan hokum harus melihat kepada seseorang wanita ketika tidak ada kemungkinan berlakunya fitnah. Berdasarkan kepada hujah-hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak, maka para fuqahak mazhab Hanbali dan pihak jumhur, ditambah pula dengan hujah-hujah jumhur ulamak bagi mematahkan hujah-hujah mereka itu, maka ternyata bahawa pendapat jumhur adalah yang terkuat dan munasabah diamalkan di dalam kehidupan wanita pada hari ini. Malah kalau diperhatikan kepada nature syariat Islam itu sendiri ia bersifat mudah, bertolak ansur dan lembut, tidak terdapat di dalam pengajaran dan hukum-hukumnya sesuatu yang susah dan menyulitkan penganutnya. Dalam hal ini tentunya kita lebih cenderung dengan pendapat jumhur ulamak yang terdiri daripada ulamak mazhab Maliki, Hanafi dan sebahagian fuqahak Mazhab Shafie yang mengatakan bahawa muka dan dua tapak tangan bukanlah aurat seseorang wanita yang wajib ditutup apabila berhadapan dengan lelaki ajnabi. Memaksa seseorang wanita menutup muka dan juga dua tapak tangan akan menyebabkan timbulnya kesulitan yang berat kepada yang miskin dan tidak mempunyai sesiapa yang membantu mereka dalam kehidupan mereka seharian seperti untuk keluar ke pasar, jalan-jalan raya, lading dan melakukan pekerjaan tertentu bagi memnuhi keperluan hidup dan tuntutan hidup mereka.
Walaupun pendapat ini mengharuskan pendedahan muka dan dua tapak tangan, tetapi keharusan itu adalah terikat secara khusus dengan keadaan yang tidak menimbulkan fitnah terhadap diri seseorang wanita itu. Sekiranya dalam keadaan yang tidak terjamin keselamatannya dan ditakuti akan menimbulkan fitnah, ataupun dalam suasana di amna terdapat ramai orang jahat maka tidak diharuskan bagi seseorang wanita itu keluar rumahnya dengan mukanya yang terdedah atau sebahagian auratnya
yang lain terdedah.
Perlu diingatkan bahawa pertentangan pendapat di kalangan ulamak tentang hukum wajib menutup muka ataupun tidak adalah berdasarkan kepada muka yang bersih dan tabie yang tidak disolekkan dengan sebarang solekan yang mempersonakan pandangan lelaki kepadanya ataupun muka itu tidak terlalu cantik. Tetapi jika muka itu disolekkan atau dihias dengan hiasan tertentu ataupun muka itu terlalu cantik yang menarik perhatian lelaki, maka muka yang seperti itu dihukum sebagai aurat yang mesti ditutup biarpun di kalangan mereka yang mengharuskan pendedahannya di dalam suasana yang normal. Ini adalah kerana menjaga kaum wanita daripada kesulitan dan kesusahan yang mungkin timbul di samping mengawal kaum lelaki dari melakukan perbuatan ataupun tidak tindakan yang tidak wajar dan dilarang oleh syarak.
Sesungguhnya apabila dikatakan muka dan dua tapak tangan itu tidak dikira sebagai aurat yang mesti ditutup bukanlah bermakna wajib ke atas seseorang wanita itu mendedahkannya ataupun tidak menutupnya dianggap sebagai bida’h, kerana pendapat begini tidak pernah diucapkan oleh mana-mana ulamak pun. Malahan ia bermaksud tidaklah menjadi apa-apa kesalahan mendedahkan kedua-duanya(muka and dua tapak tangan) di dalam suasana biasa yang tidak menimbulkan sebarang
fitnah.
Dalam suasana yang ada di negara kita sekarang ini di mana pelbagai gejala sosial berlaku tindakan liar terhadap kaum wanita dan segbagainya, mak sudah sampai masanya umat Islam kita kembali kepada pengajaran Islam yang murni dan mengamalkannya di dalam kehidupan seharian. Buangkanlah sikap dan anggapan bahawa menutup aurat itu adalah suatu tanda kepada kemunduran, menakutkan para pelabur dan pelancong dan bebrapa tanggapan negatif lagi. Pilihlah suatu yang
lebih bermanfaat bagi diri kita berdasarkan kepada peraturan dan ajaran Islam yang kita anuti dan yakini selama ini. Islam tidak pernah membawa umatnya ke arah kemunduran dan kemusnahan tetapi pengabaian umat terhadap pengajaran dan hukumnya adalah punca kepada keruntuhan tamadun manusia.




Saturday, 16 July 2011

JENIS JENIS TANGISAN DALAM ISLAM


Assalamualaikum..

Tangisan menurut perspektif Islam, boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu tangisan yang berbentuk negatif dan tangisan yang berbentuk positif. Tangisan yang dilarang ialah seperti meraung dan melolong dengan sekuat hati apabila menerima atau meratapi kematian. Tangisan seperti ini bukan sahaja dipandang negatif kepada orang yang melakukannya tetapi juga mayat yang diratapinya itu turut terseksa kerana perbuatannya. Ini berbeza dengan tangisan positif iaitu tangisan yang terjadi kerana cinta dan takut kepada Allah. Malah Nabi Muhammad pun menangis bila mengenangkan kesengsaraan dan penderitaan yang dihadapi oleh umatnya serta tatkala baginda memohon ampun dari Allah. Antara jenis-jenis tangisan yang dibenarkan malah digalakkan dalam Islam ialah:Antara jenis-jenis tangisan yang dibenarkan malah digalakkan dalam Islam ialah:
1. Ketika melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah
Orang-orang yang beriman dan bertaqwa akan sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepadanya. Golongan ini sama sekali tidak pernah mengeluh malah sentiasa reda dengan apa yang mereka terima. Maka dengan sebab itu, orang-orang sebegini adakalanya menitiskan air mata apabila menerima rahmat dan nikmat-nikmat tersebut. Sebagai contoh, dalam satu riwayat oleh Anas bahawa Rasulullah berkata kepada Ubay bin Ka’ab: “Allah menyuruh membacakan kepadamu Surah al-Bayyinah ayat 1, “Orang-orang kafir iaitu ahli kitab dan orang-orang musyrik (mengatakan bahawa mereka) tidak akan meninggalkan (agamanya) sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata,” Ubay bertanya : “Apakah Allah menyebut namaku?” “Nabi menjawab ya, lalu menangislah Ubay (kerana mendengar berita gembira itu). Ayat tersebut menyatakan tentang pendirian kaum Yahudi dan Nasrani terhadap seruan Nabi Muhammad sebagai Rasul yang telah menerangkan kepada mereka agama yang telah dibawa olehnya iaitu agama Islam. Mereka (Yahudi dan Nasrani) kenal Nabi Muhammad yang diutus sebagai rasul kepada umat akhir zaman, tetapi setelah baginda dibangkitkan mereka tidak percaya malah tidak mahu beriman kepada apa yang dibawa oleh baginda.
2. Kerana menyesali perbuatan dan dosa yang dilakukan
Tangisan penyesalan biasanya terjadi apabila seseorang yang telah melakukan dosa, menyedari dan menyesali perbuatannya dengan bersungguh-sungguh. Ekoran daripada penyesalan itu maka timbul rasa sedih yang mendalam yang akhirnya akan menitiskan air mata. Tangisan yang sedemikian itu timbul akibat wujudnya rasa kesedaran yang mendalam dan rasa takut yang amat sangat kepada Allah. Keadaan sebegini akhirnya akan mendorong seseorang itu bertaubat dan seterusnya kembali ke jalan yang benar. Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam ayat 82 Surah al-Taubah, “Maka hendaklah mereka sedikit tertawa dan banyak menangis sebagai pembalasan dari apa yang mereka telah kerjakan.”
3. Apabila bertambah keimanan kepada Allah
Iman yang tertanam dalam hati akan terus subur dan mekar apabila disirami dengan ayat-ayat suci al-Quran yang dibaca dengan penuh penghayatan sehingga boleh menyebabkan seseorang itu menitiskan air mata. Tangisan sebegini merupakan tangisan yang tinggi nilainya kerana ia merupakan campuran antara rasa kesedaran dan keimanan yang tidak berbelah bagi. Justeru tanpa disedari akan bercucuran tangisan akibat rasa keimanan yang begitu mendalam sebagaimana firman Allah dalam ayat 58, Surah Maryam; “Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Tuhan Yang Pemurah, mereka segera sujud serta dan menangis.”
4. Timbul dari rasa khusyuk dan tawadukTangisan seperti ini boleh terjadi apabila seseorang itu khusyuk dalam beribadat. Air mata yang menitis itu bukan kerana perasaan sedih tetapi kerana menyedari betapa diri yang begitu kerdil ketika berhadapan dengan pencipta-Nya. Bahkan, orang yang mencapai tahap kekhusyukan itu termasuk salah satu dari tujuh golongan yang memperoleh keistimewaan pada hari kiamat seperti sabda Rasulullah: “Tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada naungan kecuali naunganNya (iaitu) : Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang dibesarkan dalam beribadat kepada Allah, orang yang hatinya selalu rindu pada masjid, dua orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah iaitu bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak berzina oleh wanita bangsawan dan rupawan lalu ditolaknya dengan berkata, “Aku takut kepada Allah”, seorang yang bersedekah dalam keadaan rahsia sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya dan seseorang yang berzikir kepada Allah dalam keadaan menyendiri lalu menitis air matanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
5. Bimbang terputusnya rahmat Allah
Suatu hal yang menyedihkan hati dan amat dibimbangi oleh orang-orang yang beriman ialah terputusnya kebajikan dan rahmat Allah. Apabila keadaan ini berlaku, ia boleh mengubah suasana hati dan perasaan sehingga menjadi sedih dan terharu. Sebagai contoh, pada suatu hari sesudah Rasulullah wafat, Saidina Abu Bakar mengajak Saidina Umar ke rumah Ummu Aiman seperti mana Rasulullah semasa hayatnya sering menziarahinya. Sebaik sampai di rumah Ummu Aiman, tiba-tiba Ummu Aiman menangis. Kedua-dua tetamunya itu lantas bertanya, “Apakah yang menyebabkan kamu menangis? Tidakkah engkau tahu bahawa yang tersedia di sisi Allah untuk Rasulullah jauh lebih baik?” Ummu Aiman menjawab, “Aku tidak menangis kerana itu melainkan kerana wahyu dari langit telah terputus (terhenti).” Kata-kata Ummu Aiman itu ternyata mengharukan Abu Bakar dan Umar, lalu kedua-duanya turut menangis.
6. Apabila terselamat dari kesesatan dan menemui kebenaran
Adakalanya air mata seseorang itu akan menitis apabila ditunjukkan oleh Allah jalan yang benar setelah sekian lama hanyut dalam kelalaian atau kesesatan. Bagi yang berada dalam situasi sedemikian, akan terus menangis dan tangisannya bukan kerana merasa sedih tetapi kerana terlalu gembira dengan hidayah yang diterima itu. Hal ini pernah terjadi kepada segolongan pendeta apabila mengetahui al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah merupakan kebenaran dari Allah seperti firman-Nya: “Dan apabila mereka itu (segolongan pendeta) mendengar apa-apa yang diturunkan kepada Rasul, engkau akan melihat mereka akan menitiskan air matanya, lantaran mengetahui kebenaran (seraya) mereka berkata; “Hai Tuhan kami! Kami telah beriman. Oleh kerana itu, catatlah kami dalam golongan orang-orang yang menyaksikan. Dan tidak patut kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada kami, pada hal kami ingin supaya Tuhan memasukkan kami bersama kaum yang soleh.” (Surah al-Maidah:83-84) Daripada maksud firman Allah tersebut, jelaslah bahawa tangisan yang positif mempunyai keutamaan di sisi Islam sehingga tangisan seumpama itu boleh mendatangkan manfaat yang besar. Ini kerana, orang yang menitiskan air mata kerana Allah sebenarnya merupakan orang yang cukup tinggi rasa keimanan dan taqwanya seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah dalam satu riwayat dari Abu Daud dan Tirmizi bermaksud: “Kami datang kepada Rasulullah sedang baginda menunaikan solat. Maka terdengar nafas tangisnya bagaikan suara air mendidih dalam bejana.

Friday, 15 July 2011

Hukum upload atau share gambar yang mendedahkan aurat


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

sebelum itu..kita ketahui dahulu apakah aurat?

Aurat pada dasarnya sesuatu yang malu bila dilihat. Menurut pandangan Islam aurat adalah sesuatu yang haram ditampakkan. Aurat bisa memancing nafsu berahi. Aurat sering digunakan setan sebagai alat untuk memalingkan bani Adam dari kebenaran. Krana dahsyatnya daya tarik aurat, tak jarang seseorang mendewakannya dan tak jarang seseorang hancur kariernya karena aurat. Bila aurat bebas terbuka dan berjalan kemana-mana, maka tungguhlah munculnya malapetaka hidup. (Al-Ittihad,1998:3).

Aurat dapat juga bererti kelemahan,”Sesungguhnya rumah kami adalah aurat” (QS. Al-Ahzab : 13). Maksudnya, rumah itu lemah tidak bisa melindungi sepenuhnya barang-barang berharga yang ada didalamnya. Agar barang-barang berharga tidak mudah dicuri, maka aurat harus dijaga dan ditutup rapat. barang berharga yang ada didalamnya tidak boleh seseorang menjamahnya kecuali pemiliknya sendiri atau orang yang berhak dan disahkan menurut hukum.










 Aurat wanita Islam semasa bergaul dengan wanita bukan Islam?






Dengan merujuk kepada pendapat-pendapat fuqaha’ didapati ada dua pendapat di dalam perkara ini:

Pertama: 
Harus bagi wanita bukan Islam melihat anggota wanita Islam yang terdedah pada ghalibnya waktu menjalankan pekerjaan. Yang dikehendaki dengan anggota yang terdedah di waktu menjalankan pekerjaan itu ialah kepala, tengkuk/leher, lengan dan hujung betis (berhampiran buku lali) dan haram baginya melihat anggota-anggota lain dari yang tersebut.

Kedua:
Harus bagi wanita bukan Islam melihat aurat wanita Islam kecuali anggota di antara pusat dan lutut. Memandang kepada satu jenis sama seperti harusnya seseorang wanita Islam melihat anggota wanita Islam yang lain iaitu selain dari anggota di antara pusat dan lutut. Pendapat pertama adalah muktamad namun demikian melihat kepada keadaan pergaulan wanita yang berlainan agama begitu meluas di sekolah-sekolah, di pusat-pusat pengajian tinggi, di asrama-asrama, tempat bekerja awam dan swasta dan lain-lain.

Maka pendapat kedua itu ada kesesuaiannya dengan keadaan.
Rujuk nas Hasyiyah Qalyubi ‘ala Minhaj at-Talibin juzuk 3 halaman 211.
UPLOAD ATAU SHARE GAMBAR YANG MENDEDAHKAN AURAT.. o.O
BERDOSA TAK ??  :)


Ramai umat Islam sekarang tidak tahu akan semua ini..atau tidak mengambil tahu..atau sudah tahu ttapi tidak mengendahkannya :)

share gambar,upload gmbar..trutamanya perempuan..tidak boleh.. :)
macam yang ustaz azhar idrus cakap la.. kalau na letak sangat..letak dalam 1cm je gambar tu..
yang tutup aurat la..tpi baik x payah letak kan? xnampak jugak :)
gambar yang tidak mnutup aurat..mahram..smaada lelaki atau perempuan
tidak boleh..haram...walaupun mahram tu bukan islam..
gambar kluarga pun xleh..kalau tidak mntup aurat..

bagi photographer pulak..mereka harus lebih berhati2 dan banyak 
mendalami ilmu islam..kerana..mereka sbgai umat Islam,tidak boleh
mngambil gambar mahram@ ssiapa je yang tidak mnutup aurat..apatah lagi dengan
menyebarkannya.. HARAM
Haram samada model lelaki, wanita atau khunsa :)

same juga dengan pereka fesyen..mereka akan berdosa jika " mereka pakaian" yang ketat dan 
tidak menutup aurat.. "mereka selendang yg nmpak rmbut"..kan ade style jarang2 tuh..pun x leh..











Sabda Rasulullah s.a.w..

"...antara keelokan Islam seseorang muslim ialah meninggalkan perkara-perkara yang tidak layak dengan dirinya..." (al-Bukhari dan Muslim)


Setiap yang haram dilihat maka haram pula diperlihatkan kpd orang lain samada dimuatkan pada majalah,akhbar,internet n len2. Selama mana gambar-gambar tersebut belum di delete, maka selama itulah photographer/seseorang itu mendapat saham dosa. :)








hadis yang diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah S.A.W bersabda, “Seorang lelaki tidak dibolehkan melihat aurat lelaki lain dan wanita melihat aurat wanita. Dan tidak boleh seorang lelaki tidur dalam satu selimut dengan lelaki lain begitu juga dengan wanita”.

***‘SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT - Sabda Rasulullah SAW’










Wednesday, 13 July 2011

Qayam Al layl

ASSALAMUALAIKUM..... :)

When Habeebah al-‘Adawiyyah [I dont know may be is she is a tabiat]prayed ‘Ishaa’, she would stand on the roof of her house, wearing her chemise and khimaar (i.e., covered in proper Islamic dress), then she would say, “O my God, the stars have come out, people have gone to sleep, and kings have closed their doors, but Your door is open. Every lover is alone with his lover, but here I am standing before You.” Then she would start to pray and talk to her Lord until the time of suhoor. When the time of suhoor came, she would say, “O Allaah, this night is ending, the day is coming, and I wish I knew whether you have accepted this night (of worship) from me, so that I could congratulate myself, or if it has been rejected, so that I might console myself.”

Note:I read iit from.The Note is big but still if you want to read it :-)
http://islamqa.com/en/ref/3749/tahajjud

Monday, 11 July 2011

Remember Me (Allah S.W.T) and I shall remember you ^__^


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Allah said in the Quran," Remember Me and I shall remember you" . Al- Quran 2:152 ♥


●▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
Remember Allah in ease , Allah will remember you in difficulty...

Remember Allah in young Age , Allah will remember you in old age...

Remember Allah when you are healthy , Allah will remember you in sickness...

Remember Allah in free time , Allah will remember you while you are busy...

Remember Allah when you are Alive So Allah will remember when you are dead...
●▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●


Sunday, 10 July 2011

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!



assalamualaikum..
 :)



Harus ada rasa bersyukur, 
Di setiap kali ujian menjelma, 
Itu jelasnya membuktikan, 
Allah mengasihimu setiap masa, 
Di uji tahap keimanan,
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan, 
Hanya yang terpilih sahaja, 
Antara berjuta mendapat rahmatnya,
Allah rindu mendengarkan,
Rintihanmu berpanjangan,
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi, 
Segala ujian diberi,
Maka bersyukurlah selalu....