Pages

Friday, 25 November 2011

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun


1 Muharam 1433 bersamaan 27 November 2011 Awal Muharam/ Maal Hijrah

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1433.
Semoga dimurahkan rezeki dipanjangkan umur dan hidup diberkati oleh Allah S.W.T disepanjang tahun yang mendatang.


DOA AKHIR TAHUN


HENDAKLAH DIBACA BEBERAPA MINIT LAGI SEBELUM MASUK WAKTU MAGHRIB (AKHIR WAKTU ASAR)

Doa akhir tahun dibaca pada akhir waktu asar tanggal 29 atau 30 Zulhijjah sebanyak 3 kali. Dengan izin Allah, sesiapa yang memabaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun kebelakang. Doanya adalah :


Maksud Doa:

Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam  kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.


DOA AWAL TAHUN


DIBACA SELEPAS SLAT MAGHRIB DI HARI AWAL TAHUN HIJRAH

Fadilat doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Barang siapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun. Berikut adalah doa awal tahun:



Maksud Doa:

Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.


16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram  ( HARI ASYURA ) 



10 Muharram adalah  disunatkan berpuasa. ( 6 /12/2011)

Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.



1.    Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram

      Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak    7 kali (Ap abi la sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak budu”  kita berdoa di dalam hati  tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak.  Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum. 

2.    Puasa sunat pada hari 9 Muharram  (Tasua’) dan 10 Muharram (Asaura). Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah. 

3.    Menyapu kepala anak yatim.  Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan.  Allah akan mengangkat darjat kita. 

4.    Memberi makan kepada orang yang berpuasa. Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.

5.    Mandi sunat.  Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit. 

6.    Menziarahi rumah orang alim. 

7.    Menziarahi orang sakit.  Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam 

8.    Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga. 

9.    Bercelak mata – Boleh menghindarkan dari sakit mata 

10.   Menziarahi kaum keluarga 

11.   Mengerat kuku 

12.   Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali.  Allah akan memandang dengan belas kasihan. 

13.   Sembahyang  sunat 4 rakaat – 2 salam  (2 rakaat x 2). (Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala) Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat.  Allah akan mengampunkan dosa  50 tahun yang lalu

14.   Banyakkan bersedekah.  Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700. 

15.   Beri makan/pakaian kepada fakir miskin.  Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga. 

16.   Berzikir  (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 kali



Tuesday, 11 October 2011

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.??~~~>


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤


1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?


-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤


2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.


-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤


3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.


-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤


4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.


-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤


5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.


-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤


6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.


-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤


7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.


-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤


8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.


-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤


9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.


-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤


10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)


-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤


11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.


-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤


12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..


-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤


13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.


-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

Friday, 7 October 2011

Mengapa gambar perempuan tidak boleh diletakkan di dalam internet


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ







ASAL FOTO INI ADALAH BERTUDUNG SEMPURNA, NAMUN TELAH DIEKSPLOITASI MELALUI TEKNIK SUPER IMPOSE DAN SINAR X-RAY UNTUK MENAMPAKKAN BAHAGIAN DALAMAN. MAKA KEPADA PARA MUSLIMAH DIKASIHI ALLAH SEKALIAN ,TOLONG DELETE FOTO-FOTO ANDA DALAM MANA-MANA LAMAN PERIBADI ANDA SEPERTI fACEBOOK ,BLOG @ fRIENDSTER SEBELUM MENJADI MANGSA DAN FOTO-FOTO ANDA TERSEBAR DI INTERNET OLEH MUSUH2 ISLAM DAN KAKI PORNOGRAFI


Ulasan~


Berdasarkan pandangan saya, mungkin proses eksploitasi ini tidak dapat dilakukan jika mana gambar ini sudah tetap..namun sebagai langkah berjaga-jaga, seelok-eloknya tidak wajarlah bagi seorang muslimah mempamerkan gambarnya kepada bukan mahramnya. Jika difikir-fikirkan, kenapa sibuk mempamerkan wajah pada orang tatapan ramai ?..nak tunjuk cantik?Hmmm..cukuplah pamerkan pada suami kalian nanti..renung-renungkanlah. Wallahua'lam.

Mulai hari ini, apa lagi? Takkan nak tengok saje? Gambar bila-bila je buleh diedit.. Walaupun bukan kita yang buat aksi tersebut, tapi tak segan ke muka sendiri disebarkan sebagai gambar lucah. Hari ini, kita nampak orang lain terkena, boleh jadi, esok kita pula yang kena. Kita doakan kepada Allah supaya melindungi kita.


Hati-hati : Facebook memudahkan Si Bertudung Ditelanjangkan


“body scanning”. Mungkin ia kelihatan agak tak masuk akal untuk dihasilkan. Tapi, sila baca beberapa kaedah di bawah, yang MEMUNGKINKAN proses ini akan berhasil.

1. Semua orang sudah tahu, bahawa pakaian tidak boleh ditembusi. Tetapi di Airport telah meletakkan sistem “mengkantoikan” anggota badan secara penuh. Dahulu, kita tidak pernah terfikir ia akan berlaku. Tetapi sekarang, ia sudah berlaku.

Ok, ada yang mengatakan bahawa, itu adalah anggota badan secara langsung, bukan melalui gambar. Penjelasannya pada nombor 2.

2. Cuba kita lihat di dalam ruangan Facebook. Kebanyakan pelayar Facebook yang memakai pakaian menutup aurat, tetapi adakah tidak boleh diimaginasikan bentuk tubuh mereka?

Contoh, di dalam gambar 1, si A melakukan aksi 1, gambar kedua pula melakukan aksi 2, sehinggalah 5 keping gambar, dan kesemuanya aksi yang berbeza (walaupun aksi bersahaja).

Maka, berdasarkan ukuran baju, lipatan kain, dan sebagainya, memungkinkan tubuh badannya diolah dalam bentuk 3D. Ia adalah hasil imaginasi yang dapat diterjemahkan daripada 5 gambar tersebut. Bukan sahaja 5, 1 pun sudah cukup.

Semua orang tahu, tubuh badan wanita semuanya sama, gemuk bentuknya begini, kurus bentuknya begini, pinggang lebar bentuknya begini, dan sebagainya. Maka, daripada gambar yang tertera, mereka mengolah kepada bentuk 3D, kerana manusia punyai imaginasi.

Senang cerita, kalau anda tengok perempuan bertudung, anda akan dapat mengimaginasi sehingga “menelanjangkan” tubuhnya, walaupun aurat semuanya ditutup. Maka, Islam mengajar kita untuk “menjaga pandangan”, walaupun kepada mereka yang menutup aurat.

Islam bukan menyuruh manusia menutup aurat sahaja, tetapi menyuruh juga supaya pandangan itu dijaga. Maka, ia memerlukan 2 tindakbalas, dari sudut penutupan aurat, dan penjagaan pandangan.

Contoh paling mudah, biasa sahaja di kalangan kita yang berkata .. “aku tengok dia ni.. mesti punggung dia besar.. “ atau “aku tengok dia ni.. nampak macam ### kecil”.. Ini kerana otaknya sudah kenal bentuk-bentuk ini. Minta maaf, ayat agak kasar.

Bukan kerana aurat si perempuan tersebut, tetapi pandangan yang membogelkan. Daripada pandangan yang membogelkan ini, maka dia mampu menghasilkan bentuk tubuh si perempuan tersebut dalam bentuk 3D. (kalau belajar animasi).

Apatah lagi gambar-gambar tersebut mudah didapati dalam ruangan Facebook. Lagi kacang la nak imaginasi. Tengok je, dah terbayang. Sedangkan Islam menyuruh kita menjaga pandangan. Oh, ada saja orang kata, kenapa jumud sangat.. kalau gitu semua benda tak boleh tengok..!

Hehe... masih mencari alasan, dan tak perlu nak diulas dengan alasan ini.

Dalam masa yang sama, orang Yahudi boleh mengambil mana-mana gambar yang depa suka walaupun ia di”lock”kan. Jadi, otak depa semua orang kenal. Maka, berkemungkinan mereka boleh ambil sebanyak mungkin gambar-gambar perempuan bertudung, lalu menterjemahkannya dalam bentuk 3D.

Kita pernah lihat, di dalam game FIFA contohnya, muka Bekcham dihasilkan dengan 3D sebijik dengan muka asal. Apa susah? Sekarang ni pun, sudah berlambak adengan-adengan lucah dalam bentuk 3D.

“Yang tu 3D ustaz... bukan aurat kita pun.., depa yang salah,” Terpulang bagi anda untuk menilai. Apa yang pastinya, walaupun dia tidak mengeksploitasi menjadi gambar 3D, ia tetap dapat digambarkan di dalam otak. Atau dengan kata lain, dengan hanya melihat gambar pada Facebook, sudah membolehkan si pelayar tersebut untuk membayangkan tubuh si perempuan tersebut dalam keadaan bogel dan telanjang!

Ada juga yang berkata "Kalau depa tak tengok gambar kita pun, depa dah boleh imagine dah.. nak buat camna.." Ada juga yang berkata.. "jumud la hang... susah la gitu.. semua gambar pun tak boleh tengok" Saya rasa.. ayat ini tak perlu dijawab. Ia hanya memanjangkan penulisan. Ini nasihatku.. sayangi dan hargailah kecantikan yang Allah bagi..

Itu belum lagi dijelaskan tentang gambar yang disuperimposekan. Kepala bertudung, tapi digabungkan dengan badan bogel.. Ha.? Nak jawab ape? Tengok-tengok, muka tu macam kenal.. Lagi la..

Insya Allah, perkara ini saya akan jelaskan di dalam artikel yang lain. Fikir sendiri. Sekadar inilah nasihat saya, terpulang kalau anda ingin mengkritik. Tetapi pastikan ia dijadikan pengajaran. Semoga nasihat ini berguna. Senyum sikit :)



Tangan Kotor : Membogelkan Gambar Muslimah Dengan Super Impose 

Super Impose yang semakin menjadi kegilaan dunia hari ini, telah menyebabkan berlakunya beberapa kezaliman terhadap wajah wanita yang bertudung. Kesal juga, sejak kebelakangan ini, ternampak beberapa bentuk serangan media dengan menggunakan istilah-istilah lucah yang agak meluat untuk menyebutkannya di sini.

Post kali ini, saya cuba menarik para pembaca untuk memahami situasi yang terjadi. Istilah-istilah kotor yang saya maksudkan di atas, cuba dikembangkan. Antara cara-cara mengembangkan otak kotor terhadap wanita muslimah, ialah dengan menggunakan super impose.

Iaitu, mengambil beberapa keping gambar perempuan bertudung yang dirasakan secocok dengan gambar bogel, kemudian gambar perempuan tersebut dipotong dibahagian yang sesuai. Biasanya garisan tudung tersebut. Kemudian, di”tampal” pada tubuh mana-mana yang tidak berpakaian.

Maka, akan terhasil seorang wanita yang bertudung, tetapi tidak berpakaian. Kerja-kerja ini tidak lain adalah untuk menghina Islam, bahkan menghina wanita muslimah yang sentiasa menjaga aurat mereka. Persoalan di sini, dimanakah saluran mudah untuk mendapatkan gambar-gambar muslimah kita?

Oh ya, Facebook adalah jalan paling mudah dan berkesan. Sejak kebelakangan ini, nampak seperti wanita muslimah Indonesia dan Malaysia yang menjadi mangsa! Hah.. Adakah anda sedar, entah-entah gambar saudara mara kita pula yang kena.

Lebih teruk apabila gambar tersebut dibuat animasi dengan format GIF. Animasi yang boleh ditampal dengan mudah di web-web lucah. Asalnya ia merupakan gambar kaku, tetapi apabila diubahsuai dan diset dalam format GIF, akan terhasil animasi bergerak. Antaranya aksi-aksi ranjang yang agak mengaibkan untuk disebut di sini.

Kenapa perempuan muslimah yang menjadi mangsa? Kerana mereka ingin burukkan pandangan umum terhadap muslimah kita. Walaupun semua orang tahu gambar tersebut menipu, tetapi mereka telah berjaya menghasilkan satu pandangan kotor di dalam otak manusia, untuk menelanjangkan pandangan mereka apabila melihat wanita bertudung.

Atau dengan kata lain, apabila melihat orang yang bertudung, terbayanglah mereka ini seperti telanjang kerana melihat gambar yang telah disuperimposekan tadi. Jadi, nak sebut lebih-lebih, korang faham sendirilah apa yang cuba saya sampaikan. Saya rasa, tak sanggup untuk memaparkan beberapa gambar yang telah disuperimposekan oleh orang-orang yang bangang. Cukup dengan satu yang telah saya paparkan sebelum ini, sebagai pengajaran.

Apa yang perlu buat sekarang? Saya rasa anda sendiri tahu jawapannya. Jangan biarkan gambar-gambar anda (wanita) tersebar dengan mudah di internet. Facebook yang di"lock" pun, begitu mudah untuk dicerobohi oleh sesiapa sahaja. Fikir-fikirlah sendiri.

 

info : disini

Monday, 26 September 2011

trend buka tutup jilbab

                                                          TRENDY VS ANGGUN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Buat apa sebenarnya memakai jilbab? Apa yang menjadi dasar ketika mereka memutuskan untuk menggunakannya?

“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (QS 33:59)
Ayat diataskah yang mendasari keputusan itu? Atau hanya sekadar trend mode saat ini? Kerana mulai banyak para perempuan yang menggunakannya saat ini, walaupun cara menggunakannya masih belum benar–benar sesuai syariat. Yah… masih lumayanlah dibandingkan dengan yang sama sekali belum menggunakannya.
Tapi kalau buka tutup bagaimana pula ya?
Ini masalahnya. Jilbab sebenarnya bukan trend pakaian masa kini yang bisa ditiru saat sedang trend, lalu dilepaskan lagi saat trend itu habis. Jilbab adalah kewajipan bagi seorang Muslimah yang sudah baligh. Sama wajipnya dengan keharusannya menegakkan sholat. Tidak bisa digunakan sesuka hati kerana ALLAH sudah menetapkan aturannya dengan jelas.
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(QS 24:31)
Tadi sudah dibahas bahawa sebenarnya jilbab itu adalah kewajipan yang harus ditunaikan oleh keseluruh kaum muslimah. Bukan pilihan kerana merasa sudah siap, atau alasan lainnya. Kerana saat ini ramai yang belum menggunakannya kerana merasa lebih baik membenahi diri dulu baru berjilbab. Masalahnya adalah waktu yang kita tidak tahu sampai bila akan bisa kita jalani. Sementara membenahi diri adalah kewajiban yang harus kita lakukan setiap saat tanpa ada akhirnya? Apakah ada seseorang yang merasa dirinya sudah soleh, sudah baik, dan sudah sempurna?
Lalu bila kita akan menyempurnakan keimanan kita bila terus menerus menggunakan dalih seperti diatas? Kerana sampai bila kita hidup pun kita tidak akan pernah tahu. Sementara selama kita hidup, kewajipan kita adalah terus memperbaiki diri, kerana pada dasarnya manusia tidaklah sempurna. Lalu mereka yang berdalih memperbaiki diri dulu baru berjilbab atau menunggu datangnya hidayah (padahal hidayah itu harus dijemput dengan keimanan kita, bukan ditunggu!) bagaimana? Sempatkah menyempurnakan perintah-NYA?
Jilbab adalah sahsiah (jati diri) wanita Islam, mahkota yang harus dijunjung tinggi. Jika seorang wanita telah memutuskan untuk berjilbab, maka ia harus siap dengan segala rintangannya atau ujian dari ALLAH. Siap menjaga sikap dan perilakunya. Ini kerana, jika seseorang wanita berjilbab melakukan hal-hal yang tidak semestinya, maka yang dituding bukan hanya diri wanita itu, tetapi jilbab dan Islam. Contohnya, jika seorang wanita berjilbab merokok di tempat umum, maka masyarakat akan berkata “Tu kan, dah berjilbab tapi merokok?” Jilbab dan Islam mendapat kesan negatif. 
Terlepas dari segala pembahasan tentang hak asasi seseorang untuk bebas melakukan apapun sepanjang tidak mengganggu kepentingan orang lain, wanita yang telah memutuskan untuk berjilbab hendaknya menjaga adab perilaku. Kerana ia merupakan jati diri, sudah selayaknya kita menjaga jati diri, martabat sebagai seorang muslimah tersebut dengan sebaik–baiknya. Tidak memperlakukannya sesuka hati dan melakukan peraturan sendiri. Ada yang berjilbab awalnya kerana merasa mendapat hidayah, namun dalam perjalanan hidupnya ketika merasa kecewa dengan apa yang dialaminya, lalu jilbab pun dilepaskan. Sayangnya ketika melepasi jilbab yang ada adalah sikap dan perilaku jahiliyah… Astaghfirullah halazhim.
Wahai para Muslimah, kita yang dimuliakan ALLAH, bahagialah dengan kemuliaan itu, sudah selayaknya kita menjaganya dengan segala daya dan upaya. Hanya itu cara kita mengabdikan diri kepada-NYA, mematuhi perintah-NYA dan Rasul-NYA. 
Bekali diri dengan ilmu dan fahaman yang cukup tentang perintah ALLAH yang satu ini. Luruskan niat untuk berjihad melawan hawa nafsu. Sekali memutuskan berhejab, yakinlah bahawa kita sudah melakukan sesuatu yang benar dan mohon pada-NYA agar tetap menjaga hati ini tetap beristiqhamah dalam ketaatan pada-NYA. 
Ketika kita sudah memutuskan untuk berhijab, sama ertinya kita membeli ‘one way ticket’ don’t look back and cause there’s no way back. Jangan pernah berjalan mundur dan kembali kepada kejahiliahan diri kita. Tidak ada alasan apapun untuk menanggalkannya, kerana ALLAH adalah segalanya. Tidak juga kerana masalah rezeki yang sering membuat orang menanggalkan jilbab demi professionalisme dan tuntutan pekerjaan. Yakinlah ALLAH sang penjamin rezeki, apabila DIA yang memerintahkan kita menutup aurat, DIA juga yang akan menjamin rezeki untuk kita. 
Jangan pernah meragukan-NYA. Sedikit atau banyaknya rezeki adalah urusan-NYA. Namun yakinlah apabila kita patuhi-NYA, ALLAH tidak pernah menyia–nyiakan kepatuhan hamba-hamba-NYA. ALLAH Maha Mengetahui niat yang terkandung dalam hati para hamba–hamba-NYA.


Jangan pernah mempermainkan aturan–aturan-NYA. Kita hanya diperintahkan patuh dan taat, bukan mengganti ketentuan-NYA sesuai dengan yang kita mahukan. “Syurga di kelilingi oleh sesuatu yang luar biasa sulit, sementara sebaliknya, neraka justeru di kelilingi segala kemudahan.” Mahu kemana kita nanti, kembali kepada kita masing–masing dalam mentaati perintah-NYA.

Wednesday, 21 September 2011

ciri-ciri sahabat


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Apakah kita merupakan seorang sahabat sejati???

sy blum memiliki seorang sahabat....


          PERSAHABATAN DALAM ISLAM

Sahabat merupakan insan yang senantiasa mendampingi diri kita di mana sahaja kita berada. Sahabat yang sejati ialah sahabat yang sanggup bersama dengan kita sewaktu kita berada dalam kesenangan, apatah lagi semasa kita ditimpa kesusahan. Persahabatan yang terjalin perlu mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan dalam Islam supaya persahabatan tersebut diredai oleh ALLAH di dunia lebih-lebih lagi di Akhirat kelak. Persahabatan itu HALAL selagi tidak diselangi dengan perkara-perkara maksiat kepada ALLAH. Wallahu’alam bissowab.

Firman Allah:
Wahai manusia, sesungguhnya Kami (ALLAH) telah menciptakan kamu dari kalangan lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi ALLAH ialah orang yang lebih takwanya di kalangan kamu (bukan lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya ALLAH Amat Mengetahui, lagi Amat Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).
- Surah al-Hujuraat ayat 13. 


CIRI-CIRI SAHABAT SEJATI

Jika kita menjadikan dirinya sebagai seorang sahabat yang sejati, dia akan membalas persahabatan tersebut dengan baik.

Jika kita berbakti kepadanya, dia akan melindungi diri kita.

Jika kita memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan sedia menghulurkan pelbagai jenis bantuan yang terdaya olehnya.

Jika kita menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan sudi menerimanya dengan tangan yang terbuka luas.

Ketika dia menerima sesuatu kebaikan dan kebajikan daripada kita, dia akan menghargai pemberian tersebut dan sentiasa menyebut-nyebut kebaikan kita.

Jika dia terlihat sesuatu yang tidak baik pada diri kita, dia akan segera menutupnya.

Jika kita mendiamkan diri kerana menghadapi sesuatu masalah, dia akan segera mendampingi kita untuk berkongsi masalah tersebut.

Jika sesuatu bencana atau musibah datang menimpa diri kita, dia akan membantu meringankan beban yang kita pikul

Jika kita berkata sesuatu kepadanya, dia akan membenarkan kata-kata yang kita lafazkan.

Jika kita merancang sesuatu, dia akan sedia membantu kita merealisasikan rancangan tersebut.
(rncgn yg baik la)


Jika kita berselisih faham dengannya, dia lebih cenderung untuk mengalah demi menjaga kepentingan persahabatan.

Monday, 1 August 2011

berpuasa tapi x solat.... :)


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Soalan; ustaz, apakah diterima puasa orang yg sengaja meninggalkan solat? kerana saya melihat ramai orang yg berpuasa tapi tidak mengerjakan solat.

Jawapan;

Orang yang meninggalkan solat jika ia meninggalkannya kerana mengingkari atau menolak kewajipan tersebut, ia murtad dari agama dengan sepakat (ijmak) para ulamak. Orang yang murtad tidak sah ibadahnya termasuk puasa.

Adapun jika ia meninggalkan solat kerana malas atau segan (yakni ia masih mengakui kewajipan solat, cuma ia malas melakukannya), para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya;
1. Imam Ahmad berpandangan; ia adalah kafir.
2. Jumhur ulamak berpandangan; ia fasiq, yakni tidaklah menjadi kafir, akan tetapi telah melakukan dosa amat besar.

Berpegang kepada pandangan Imam Ahmad tersebut, maka sebahagian ulamak hari ini (terutamannya dari Arab Saudi seperti Syeikh Bin Baz, Ibnu Usaimin dan sebagainya) berpendapat; orang yang tidak menunaikan solat fardhu, tidak sah puasanya, malah juga ibadah-ibadahnya yang lain (zakat, haji, sedekah dan amal-amal soleh selainnya)sehinggalah ia bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat.

Berkata Syeikh Ibnu Uthaimin; “Jika kamu berpuasa tanpa mengerakan solat, kami ingin menegaskan kepada kamu; sesungguhnya puasa kamu adalah batal/rosak, tidak sah, tidak memberi manfaat kepada kamu di sisi Allah dan tidak mendekatkan kamu kepadaNya…” (Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 198).

Adapun berdasarkan pandangan jumhur ulamak (yang tidak menghukum kafir orang yang meninggalkan solat itu); puasa orang itu sah jika ia memenuhi rukun-rukun puasa yang ditetapkan dan tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa. Maksud sah ialah; dia tidak dituntut lagi mengqadha/mengganti puasanya. Namun perlu dipersoalkan; adakah puasanya itu akan diterima oleh Allah sedangkan ia telah mengabaikan ibadah yang cukup besar dalam Islam iaitu solat? Tidak semua ibadah yang sah diterima oleh Allah. Contohnya, seseorang yang mengerjakan solat dengan riyak; solatnya sah (dari sudut Fiqh) apabila cukup syarat-syarat dan rukun-rukunnya, namun solatnya ditolak oleh Allah kerana riyak tersebut. Kerana itu, ulamak-ulamak al-Azhar (seperti Syeikh ‘Atiyah Saqar (bekas ketua Lujnah Fatwa al-Azhar), Dr. Ahmad asy-Syirbasi (bekas pensyarah di Universti al-Azhar), Dr. Muhammad Bakr Ismail, Dr. Muhammad ‘Ali Jum’ah dan ramai lagi), walaupun pendapat mereka tidak sekeras ulamak-ulamak dari Arab Saudi tadi, tetapi mereka menegaskan; “Orang yang tidak mengerjakan solat sekalipun puasanya sah tetapi tidak diterima Allah (yakni tidak diberi pahala)”. Syeikh ‘Atiyah Saqar menulis dalam fatwanya; “Sesiapa berpuasa tanpa mengerjakan solat, puasanya adalah sah dan tidak wajib ia mengulanginya. Akan tetapi dari segi penerimaan (Allah) terhadapnya, maka hadis Nabi s.a.w. menunjukkan ia tidak diterima…”. Hadis yang dimaksudkan oleh Syeikh ‘Atiyah itu ialah

sabda Nabi s.a.w. (bermaksud);

“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, at-Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.).

Jika dengan kerana akhlak mazmumah (dusta dan sebagainya) telah pun menyebabkan puasa ditolak oleh Allah, lebih-lebih lagilah dengan meninggalkan solat fardhu yang dosanya amatlah besar, berkali-kali ganda lebih besar dari dosa kerana akhlak mazmumah itu.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Fatawa; Min Ahsan al-Kalam, Syeikh Aiyah Saqar, 2/32.
2. Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 198.
3. Al-Fiqh al-Wadhih, Dr. Muhammad Bakr Ismail, 1/149.
4. Yas-alunaka Fi ad-Din Wa al-Hayah, Dr. Ahmad as-Syirbasi, jilid 4.


*terima kasih kerana membaca..
ssguhnya yg tak elok dtg dri sy..yg baik dtg dri Allah S.W.T..
Selamat berpuasa.. ^__^
semoga segala amalan kita diterima oleh Allah..
dan semoga sempena dengan bulan Ramadhan..
kita mjadi insan yg lebih baik.. :D


Tuesday, 19 July 2011

Aurat analisis hukum :)



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Secara mudahnya aurat dapat diertikan sebagai bahagian tubuh badan, sama ada lelaki ataupun wanita yang diwajibkan oleh syarak menutupnya daripada pandangan mata. Para ulama membahagikan batas-batas aurat tersebut, khususnya ketika di luar sembahyang kepada 4 kategori iaitu :
1) Aurat lelaki bersama lelaki
2) Aurat wanita ketika bersama wanita
3) Aurat lelaki ketika bersama wanita
4) Aurat wanita ketika bersama lelaki

AURAT LELAKI KETIKA BERSAMA LELAKI
Aurat lelaki yang wajib ditutupnya daripada pandangan seorang lelaki lain ialah bahagian tubuh badan antara pusat dan lututnya. Ini bererti bahawa seorang lelaki tidak diharuskan melihat aurat lelaki lain pada bahagian yang terletak antara pusat dan lututnya.
Hukum ini dipersetujui oleh jumhur ulamak berdasarkan kepada beberapa buah Hadis Sahih, antaranya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub r.a bermaksud:
“Bahagian anggota yang terletak di atas dua lutut adalah termasuk aurat dan bahagian anggota yang terletak di bawah pusat adalah aurat juga.”
Amru bin Shuib pula meriwayatkan daripada bapanya daripada datuknya bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersamda maksudnya:
“Apabila salah seorang di antara kamu mengahwinkan hamba wanitanya dengan hamba lelakinya ataupun orang upahannya maka dia (iaitu hamba wanitanya) dilarang sama sekali melihat auratnya kerana apa sahaja (bahagian anggota) yang terletak di bawah pusatnya hingga kepada dua lututnya adalah auratnya.”
Selanjutnya Rasulullah s.a.w juga melarang melihat aurat itu sebagaimana sabda baginda bermaksud:
“Seorang lelaki dilarang melihat aurat lelaki lain dan juga seorang wanita dilarang melihat aurat seorang wanita lain.”
Hanya Imam Malik yang bercanggah pendapat dengan mengatakan bahawa paha bukanlah aurat. Bagaimanapun,
terdapat beberapa dalil yang mengukuhkan pendapat
jumhur ulamak di antaranya:
Sebuah Hadis riwayat Jurhud al-Aslami, beliau berkata bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w telah duduk bersama-sama kami, pada saat itu paha saya terdedah, lalu baginda bertanya saya: Apakah tidak kamu tahu bahawa paha itu aurat?”
Diriwayatkan juga bahawa baginda s.a.w telah bersabda kepada Ali r.a :
“Janganlah kamu dedahkan paha kamu dan jangan pula kamu melihat paha orang lain sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah mati.”
Malah Rasulullah s.a.w juga melarang kita mendedahkan aurat biarpun ketika bersendirian sebagaimana sabda baginda bermaksud :
“Jauhilah daripada perbuatan berbogel, sesungguhnya ada bersama-sama kamu orang yang tidak berpisah denganmu, kecuali ketika membuang air (besar dan kecil) dan ketika seseorang lelaki itu bersetubuh dengan isterinya.”

AURAT WANITA KETIKA BERSAMA WANITA
Jika seseorang wanita Islam bersama-sama wanita Islam yang lain, maka aurat yang mesti ditutup ialah bahagian anggota yang terletak di antara pusat dan lutut. Ini bermakna bahawa seorang wanita Islam harus melihat anggota lain selain daripada anggota yang terletak di antara pusat dan lutut wanita Islam yang lain.
Manakala kedudukan aurat seorang wanita Islam dengan wanita bukan Islam pula para ulamak berselisih pendapat mengenainya. Perselisihan berlaku berpunca daripada penafsiran gantinama (dhamir) “mereka” dalam ayat 31 surah al-Nur yang bermaksud:
“Perintahlah (wahai Muhammad) akan wanita Mukminin supaya mereka mengawasi “mereka” dan supaya mereka menjaga alat-alat kelamin mereka dan aurat mereka. Dan tidak boleh mereka memperlihatkan aurat mereka kecuali aurat yang zahir (muka dan dua tapak tangan). Dan wajib mereka memakai tudung kepala serta menutupi bahagian dada mereka….”
Para ulamak yang menafsirkan gantinama “mereka” itu dengan erti wanita-wanita Islam sahaja, berpendapat adalah tidak harus wanita-wanita Islam mendedahkan sebarang sebarang aurat mereka biarpun yang lain selain daripada anggita yang terletak di antara pusat dan lutut apabila berhadapan dengan wanita bukan Islam. Kedudukan wanita bukan Islam di dalam masalah ini samalah dengan kedudukan lelaki ajnabi.
Inilah pendapat yang menjadi pegangan sekumpulan fuqahak mazhab Shafie, Umar, Ibnu Abbas, Mujahid, Ibnu Juraij dan lain-lain yang sebahagian besarnya daripada golongan ulamak salaf.
Diriwayatkan bahawa Umar r.a pernah menulis surat kepada Abu Ubaidah bin al-Jarrah katanya:
“Sesunguhnya telah sampai ke pengetahuan bahawa wanita-wanita ahli Dhimmah telah masuk ke dalam bilik-bilik mandi bersama-sama wanita Islam maka hendaklah kamu melarang perkara yang sedemikian dan menyekatnya daripada terus berlaku kerana tidak diharuskan begi seorang wanita Dhimmiyah melihat aurat wanita Islam.”
Ibnu Abbas r.s pula menyatakn bahawa
 “adalah tidak harus seorang wanita Islam dilihat oleh wanita Yahudi atau Nasrani.”
Bagi mereka yang mengatakan bahawa maksud gantinama “mereka” itu sebagai wanita secara umumnya, iaitu Islam dan bukan Islam, berpendapat adalah harus bagi wanita Islam mendedahkan aurat mereka di hadapan wanita bukan Islam, sama seperti kedudukannya ketika berhadapan dengan wanita Islam yang lain. Dengan erti kata bahawa wanita Islam diharuskan mendedahkan auratnya di hadapan wanita bukan Islam selain daripada anggota yang terletak di antara pusat dan lutut. Ini adalah pendapat ulamak mazhab Hanbali dan juga salah satu pendapat fuqahak mazhab Hanafi dan Shafie. Pendapat ini disahkan pula oleh al-Ghazali dan al-Fakhrul Razi, dua ulamak tokoh dari mazhab Maliki. Al-Fakhrul Razi berkata:
“Pendapat ini adalah lebih lembut dan sesuai dengan manusia pada hari ini yang hampir-hampir tidak mungkin lagi bagi para wanita Islam melindungi diri mereka daripada pandangan wanita-wanita dhimmiyah.”
Mereka mengatakan bahawa maksud “mereka” itu adalah wanita khusus yang dikenali melalui persahabatan, pekerjaan dan perkenalan sama ada wanita Islam atau bukan Islam, menegaskan bahawa harus bagi para wanita Islam mendedahkan auratnya kecuali bahagian anggota yang terletak antara pusat dan lutut, tanpa sebarang hijab(penutup) di hadapan wanita-wanita yang terhormat dan mulia(tinggi peribadinya) biarpun mereka itu bukan Islam. Jelasnya, neraca keharusan tersebut adalah berdasarkan kepada asas akhlak, bukan asas agama.
Lantaran itu, apabila wanita Islam berhadapan dengan wanita fasik yang tidak mempunyai sifat malu, tidak berakhlak dan beradab sopan, maka wajiblah ke atas mereka menutup auratnya kerana mendampingi mereka tidak kurang bahayanya daripada mendampingi lelaki ajnabi yang mungkin merosakkan akhlaknya. Ini adalah pendapat al-Maududi, seorang ulamak mutakhir yang amat popular di kalangan umat Islam masa kini. Suatu pendapat yang sederhana yang dapat menyelaraskan dua pendapat sebelumnya, dan ia amat sesuai sekali dengan suasana dan keadaan sekarang ini. Kita berasa agak sukar untuk menerima pendapat pertama kerana kedudukan pergaulan sekarang ini di antara orang Islam dan bukan Islam memang tidak dapat dielakkan. Setiap hari kita bertemu dan berurusan dengan mereka di merata-rata tempat dan pada bila-bila masa sahaja. Malah kita tidak dapat pula mengamalkan pendapat kedua kerana tanpa membezakan di antara wanita bukan Islam yang berakhlak dan tidak berakhlak bererti kita mendedahkan para wanita Islam kita pada suatu keruntuhan moral yang mungkin lebih buruk daripada apa yang kita sangkakan.


AURAT LELAKI KETIKA BERSAMA WANITA
Aurat seorang lelaki ketika berhadapan dengan seorang wanita adalah berbeza berdasarkan kedudukannya dengan wanita tersebut. Sekiranya mereka termasuk dalam golongan orang yang seperti bapa, adik beradik kandung, bapa saudaranya dan lain-lainnya maka aurat yang mesti ditutupi ialah bahagian anggota yang terletak antara pusat dan lututnya. Begitu juga menurut pendapat yang terkuat jika ia seorang ajnabi.
Ada pula pendapat yang mewajibkan supaya ditutup seluruh badannya apabila berhadapan dengan seorang ajnabi, iaitu tidak harus bagi seorang wanita melihat kepada seorang lelaki yang buakn mahramnya sam seperti tidak diharuskan seseorang lelaki itu melihatnya. Tetapi jika lelaki itu suaminya, maka tidak timbul masalah aurat di antara keduanya, malah tidak ada apa yang dinamakan aurat di antara mereka. Firman Allah S.W.T , al-Mukminun: 05 bermaksud:
“Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali isteri-isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.”

AURAT WANITA KETIKA BERSAMA LELAKI
Perbincangan kategori ini amat penting, malah kedudukannya lebih utama jika dibandingkan dengan tiga kategori sebelum ini kerana pertaliannya dengan masalah semasa. Di tambah pula dengan kejahilan sebahagian anggota masyarakat tentang hukum Islam di samping pengaruh budaya Barat yang mereka cipta pelbagai bentuk pakaian bagi wanita-wanita Islam di negara ini khususnya.
Para ulamak telah membahagikan jenis lelaki yang berada di hadapan seseorang waniat itu kepada lelaki yang menjadi ahramnya dan lelaki ajnabi (iaitu bukan mahramnya).
Jika seseorang wanita itu berhadapan dengan lelaki mahramnya, maka hokum auratnya yang wajib ditutup ialah anggota yang terletak di antara pusat dan lututnya sahaja. Ini bermakna adalah harus baginya mendedahkan bahagian anggotanya yang lain di hadapan orang-orang yang dihukum sebagai mahramnya.
Sungguhpun demikian pendapat ini bukanlah suatu pendapat yang dipersetujui oleh kesemua ulamak Islam. Ulamak mazhab Maliki mengatakan aurat seseorang wanita di hadapan lelaki mahramnya ialah seluruh badannya kecuali muka dan a’traf iaitu kepala, tengkuk, kedua tangan dan kakinya. Pendapat ini disokong oleh ulamak mazhab Hanbali dengan mengatakan bahawa auratnya bersama-sama lelaki mahramnya ialah seluruh badannya kecuali muka, tengkuk, kepala, dua tangan, kaki dan betisnya.
Jika lelaki yang berada di hadapan seseorang wanita itu merupakan lelaki ajnabi, maka terdapat perselisihan pendapat di kalangan ulamak tentang menentukan kadar auratnya, apakah auratnya yang wajib ditutup di seluruh tubuhnya hinggakan termasuk muka dan dua tangannya, ataupun ada bahagian-bahagian anggota yang dikecualikan daripada hukuman wajib
ditutup kerana tidak sengaja ataupun kerana keperluan yang tidak dapat dielakkan.
Perselisihan pendapat ini berdasarkankepada pelbagai tafsiran tentang ungkapan firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dan tidak boleh mereka memperlihatkan aurat kecuali aurat yang zahir daripadanya.” (al-Nur : 31)
Ada tafsiran yang mengatakan bahawa maksud “kecuali aurat yang zahir daripadanya” itu ialah apa sahaja anggota yang terdedah tanpa disengajakan seperti terdedah kerana ditiup angin ataupun sebagainya. Ada pula tafsiran yang mengatakan bahawa ayat itu bermaksud dikecualikan apa-apa bahagian anggota yang didedahkan kerana keperluan dan tuntutan hidup yang memaksa. Ada juga tafsiran lain yang mengatakan bahawa anggota yang dikecualikan daripada larangan mendedahkannya itu ialah muka dan dua tapak tangan sahaja termasuk belakang kedua-duanya. Jika berdasarkan tafsiran pertama, maka seluruh jasad seseorang wanita itu adalah aurat yang mesti ditutup, bermula dari hujung rambutnya sehinggalah ke hujung kakinya kecuali bahagian tertentu yang terdedah tanpa disengajakan seperti ditiup angin ataupun tersangkut duri, tetapi dikehendaki segera menutupnya tanpa sengaja melambat-lambatkannya. Inilah pendapat fuqahak mazhab Hanbali dan salah satu pendapat yang terkenal di kalangan fuqahak mazhab Shafie dan juga salah satu pendapat yang masyhur di kalangan fuqahak mazhab Maliki. Imam Ahmad ibn Hanbal pernah menegaskan:
“Tiap suatu daripada tubuh badan seseorang wanita adalah aurat hinggakan termasuk juga kukunya.”
Dalil-dalil yang menjadi hujah bagi pendapat ini ialah firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dan tidak boleh mereka memperlihatkan aurat mereka kecuali aurat yang zahir daripadanya.” (al-Nur : 31)
Mereka mengatakan bahawa ayat ini jelas menunjukkan seseorang wanita dilarang secara mutlak mendedahkan apa sahaja anggota badannya di hadapn lelaki ajnabi, dan mereka mengatakan bahawa maksud pengecualian yang terdapat di dalam firman Allah tersebut ialah apa yang terdedah tanpa disengajakan seperti akibat ditiup angin kencang yang mendedahkan tengkuknya ataupun mana-mana bahagian badannya. Firman Allah yang bermaksud:
“Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri nabi), maka mintalah dari belakang tabir. Ara yang demikian itu lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka.” (al-Ahzab : 53)
Ayat ini menjelaskan bahawa kaum lelaki Islam dilarang melihat isteri-isteri Nabi. Walaupun ayat ini diturunkan khusus bagi isteri-isteri nabi s.a.w tetapi menurut pendapat mereka hukumnya adalah meliputi para wanita Islam lainya menerusi qias, kerana pada mereka seluruh jasad seseorang wanita itu adalah aurat. Ayat ini secara tidak langsungnya mengukuhkan maksud ayat yang pertama yang melarang wanita-wanita mendedahkan aurat mereka kepada pandangan orang-orang lelaki. Mereka juga berhujah dengan beberapa buah hadis yang menunjukkan bahawa orang lelaki dilarang daripada melihat dengan sengaja terhadap wanita-wanita antaranya:
“Saya telah bertanya Rasululah s.a.w tentang pandangan yang tidak disengajakan, baginda menjawab: palingkanlah mata kamu ke arah lain.” (Riwayat Jarir bin Abdullah)
Rasululah s.a.w bersabda:
“Ya Ali, janganlah kamu susuli pandangan dengan pandagan yang lain, sesungguhnya pandangan yang pertama itu adalah milik kamu, tetapi pandangan yang kedua bukan lagi milik kamu.” (Riwayat Ali r.a)
Dari Ibnu Abbas r.a diriwayatkan bahawa al_Fadl bin al-Abbas telah menunggang unta di belakang Rasululah s.a.w pada hari al-Nahr, beliau adalah seorang yang berambut cantik, berkulit putih dan kacak, lalu datang kepada baginda seorang wanita daripada Khath’am meminta fatwanya, lalu al-Fadl melihat kepadanya dan dia juga melihat kepada al-Fadl, maka dengan itu
Rasulullah s.a.w memalingkan muka al-Fadl ke arah yang lain.
Kesemua hadis tersebut menunjukkan dengan jelas bahawa hukumnya haram perbuatan sengaja melihat wanita ajnabiah. Ini tidak lain kerana muka dan tubuh badannya adalah aurat yang dilarang melihatnya. Jika berdasarkan kepada tafsiran kedua, maka muka dan kedua tapak tangan iaitu termasuk belakang kedua-duanya, sekurang-kurangnya dua anggota bagi seseorang wanita yang harus didedahkan apabila berhadapan dengan lelaki ajnabi. Inilah pendapat fuqahak mazhab Hanafi, Maliki dan salah satu pendapat daripada Shafie.
Malah di dalam satu riwayat yang lain daripada Abu Hanifah, beliau mengatakan dua anggota kaki dan tempat memakai gelang kaki adalah termasuk ke dalam anggota yang diharuskan pendedahannya termasuk muka dan dua tapak tangan. Ini juga merupakan pendapat al-Thauri dan Abu al-Abbas kerana penutupannya akan menimbulkan kesulitan kepada wanita kampung yang miskin yang terpaksa berjalan ke sana –sini, di jalan-jalan raya, kerana memenuhi keperluan hidup seharian, malah lebih
jauh daripada itu, Abu Yusuf iaitu salah seorang sahabat Abu Hanifah berpendapat bahawa dua anggota lengan juga iaitu selain muka dan dua tapak tangan termasuk ke dalam anggota yang diharuskan pendedahannya bagi seseorang wanita kerana penutupnya akan menimbulkan banyak kesulitan.
Menurut satu pendapat yang dhaif dalam mazhab maliki, dibezakan di antara wanita yang cantik dengan wanita yang hodoh. Wanita yang cantik diwajibkan menutup muka dan dua tangannya tetapi hukuman ini tidak diwajibkan ke atas wanita hodoh. Dengan lain perkataan, muka dan dua tangan wanita yang cantik dianggap sebagai aurat yang wajib ditutup. Manakala bagi wanita yang hodoh, kedua-duanya tidak dikira sebagai aurat.
Bagi mereka yang berpegang dengan pendapat ini telah berhujah dengan dalil antaranya firman Allah yang bermaksud:
“Dan tidak boleh mereka memperlihatkan aurat mereka kecuali aurat yang zahir daripadanya.” (al-Nur :31)
Mereka mengatakan ayat tersebut telah mengecualikan bahagian-bahagian abggota yang perlu kepada pendedahan kerana memenuhi keperluan bagi diri seseorang iaitu anggota muka dan juga dua tapak tangan. Tafsiran ini adalah sama dengan pendapat sebahagian para sahabat dan tabiin seperti Said bin Jubair, Ata’ dan al-Dahhak.
Mereka juga berhujah dengan sebuah Hadis riwayatAishah r.a bahawa Asma’ Abu Bakar telah masuk menemui rasulullah s.a.w dengan memakai pakaian yang nipis, lalu Rasulullah s.a.w menegurnya, baginda bersabda:
“Ya Asma’, seseorang wanita apabila meningkat ke umur haid tidak layak dilihat daripadanya kecuali ini.”Lantas diisyaratkan kepada muka dan dua tapak tangannya.
Hadis jelas menunjukkan bahawa muka dan dua tapak tangan (termasuk belakang kedua-duanya) adalah harus didedahkan, sementara bahagian anggota lain merupakan aurat yang wajib ditutup oleh seseorang wanita yang sudah baligh.
Mereka mengatakan lagi bahawa muka dan tapak tangan bukanlah aurat yang wajib ditutup oleh seseorang wanita kerana kedua-duanya merupakan anggota yang harus didedahkan di dalam sembahyang, begitu juga semasa berihram, kalaulah kedua-duanya merupakan aurat tentulah tidak dibolehkan pendedahannya kerana menutup aurat di dalam sembahyang adah wajib. Tidak sah sembahyang seseorang itu apabila auratnya terdedah.
Pendapat kedua ini merupakan pegangan kepada golongan terbanyak ulamak Islam kerana itu ia dianggap sebagai jumhur.
Apa yang menjadi hujah kepada kumpulan pertama, di antaranya sebagaimana maksud firman Allah:
“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta daripada isteri-isteri Nabi, maka mintalah dari sebalik tabir.” (al-Ahzab : 53)
Ayat tersebut dianggap oleh jumhur ulamak sebagai mengandungi hukum khas bagi isteri-isteri Nabi sahaja kerana kedudukan dan kehormatan mereka yang tinggi dan tidak dimiliki oleh wanita-wanita lain. Oleh itu, tidaklah harus diletakkan mereka di bawah hukum-hukum yang khusus bagi isteri-isteri Nabi menerusi kaedah qias.
Mengenai sabda baginda kepada Jarir bin Abdullah:
“Palingkanlah mata kamu ke arah lain.” Dan sabda baginda kepada Ali bin Abu Talib:
“Ya Ali, janganlah kamu susuli pandangan(mata kamu itu) dengan pandangan yang lain…”
 Mereka menyatakan bahawa maksud hadis-hadis itu melarang seseorang nelihat dengan sengaja kepada tubuh badan seseorang wanita tanpa sebarang keperluan kerana perbuatan sengaja melihat itu boleh menimbulkan akibat buruk dan sangkaan yang tidak baik, sedangkan kita disuruh agar menjauhkan diri daripada segala sangkaan buruk.
Tentang hadis yang meriwayatkan bahawa Rasululah s.a.w telah memalingkan muka al-Fadl bin al Abbas itu pula, mereka mengatakan tindakan itu adalah disebabkan baginda berasa takut akan timbulnya fitnah dari apa yang berlaku di hadapannya. Hadis ini menurut jumhur hanya menunjukkan hokum harus melihat kepada seseorang wanita ketika tidak ada kemungkinan berlakunya fitnah. Berdasarkan kepada hujah-hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak, maka para fuqahak mazhab Hanbali dan pihak jumhur, ditambah pula dengan hujah-hujah jumhur ulamak bagi mematahkan hujah-hujah mereka itu, maka ternyata bahawa pendapat jumhur adalah yang terkuat dan munasabah diamalkan di dalam kehidupan wanita pada hari ini. Malah kalau diperhatikan kepada nature syariat Islam itu sendiri ia bersifat mudah, bertolak ansur dan lembut, tidak terdapat di dalam pengajaran dan hukum-hukumnya sesuatu yang susah dan menyulitkan penganutnya. Dalam hal ini tentunya kita lebih cenderung dengan pendapat jumhur ulamak yang terdiri daripada ulamak mazhab Maliki, Hanafi dan sebahagian fuqahak Mazhab Shafie yang mengatakan bahawa muka dan dua tapak tangan bukanlah aurat seseorang wanita yang wajib ditutup apabila berhadapan dengan lelaki ajnabi. Memaksa seseorang wanita menutup muka dan juga dua tapak tangan akan menyebabkan timbulnya kesulitan yang berat kepada yang miskin dan tidak mempunyai sesiapa yang membantu mereka dalam kehidupan mereka seharian seperti untuk keluar ke pasar, jalan-jalan raya, lading dan melakukan pekerjaan tertentu bagi memnuhi keperluan hidup dan tuntutan hidup mereka.
Walaupun pendapat ini mengharuskan pendedahan muka dan dua tapak tangan, tetapi keharusan itu adalah terikat secara khusus dengan keadaan yang tidak menimbulkan fitnah terhadap diri seseorang wanita itu. Sekiranya dalam keadaan yang tidak terjamin keselamatannya dan ditakuti akan menimbulkan fitnah, ataupun dalam suasana di amna terdapat ramai orang jahat maka tidak diharuskan bagi seseorang wanita itu keluar rumahnya dengan mukanya yang terdedah atau sebahagian auratnya
yang lain terdedah.
Perlu diingatkan bahawa pertentangan pendapat di kalangan ulamak tentang hukum wajib menutup muka ataupun tidak adalah berdasarkan kepada muka yang bersih dan tabie yang tidak disolekkan dengan sebarang solekan yang mempersonakan pandangan lelaki kepadanya ataupun muka itu tidak terlalu cantik. Tetapi jika muka itu disolekkan atau dihias dengan hiasan tertentu ataupun muka itu terlalu cantik yang menarik perhatian lelaki, maka muka yang seperti itu dihukum sebagai aurat yang mesti ditutup biarpun di kalangan mereka yang mengharuskan pendedahannya di dalam suasana yang normal. Ini adalah kerana menjaga kaum wanita daripada kesulitan dan kesusahan yang mungkin timbul di samping mengawal kaum lelaki dari melakukan perbuatan ataupun tidak tindakan yang tidak wajar dan dilarang oleh syarak.
Sesungguhnya apabila dikatakan muka dan dua tapak tangan itu tidak dikira sebagai aurat yang mesti ditutup bukanlah bermakna wajib ke atas seseorang wanita itu mendedahkannya ataupun tidak menutupnya dianggap sebagai bida’h, kerana pendapat begini tidak pernah diucapkan oleh mana-mana ulamak pun. Malahan ia bermaksud tidaklah menjadi apa-apa kesalahan mendedahkan kedua-duanya(muka and dua tapak tangan) di dalam suasana biasa yang tidak menimbulkan sebarang
fitnah.
Dalam suasana yang ada di negara kita sekarang ini di mana pelbagai gejala sosial berlaku tindakan liar terhadap kaum wanita dan segbagainya, mak sudah sampai masanya umat Islam kita kembali kepada pengajaran Islam yang murni dan mengamalkannya di dalam kehidupan seharian. Buangkanlah sikap dan anggapan bahawa menutup aurat itu adalah suatu tanda kepada kemunduran, menakutkan para pelabur dan pelancong dan bebrapa tanggapan negatif lagi. Pilihlah suatu yang
lebih bermanfaat bagi diri kita berdasarkan kepada peraturan dan ajaran Islam yang kita anuti dan yakini selama ini. Islam tidak pernah membawa umatnya ke arah kemunduran dan kemusnahan tetapi pengabaian umat terhadap pengajaran dan hukumnya adalah punca kepada keruntuhan tamadun manusia.